Categories: Resipi

Resipi Kari Ikan Merah, Rupanya Ada Rahsia Kuah Wangi & Berlinang Elok

Resepi kari ikan merah ini memang mudah dan sedap! Ada satu bahan wajib yang kita kena letak supaya kuahnya wangi, iaitu halba campur. Halba ini memang magik kerana bila ditumis, aromanya akan memenuhi dapur dan buat semua orang terliur.

Yang penting, kuah kari ini tidak nampak kelabu. Kari ikan mesti mempunyai kuah yang cantik dan menggoda, dengan minyak yang berlinang elok di permukaan. Ini menunjukkan kari kita memang menjadi dengan sempurna!

Oleh itu, mari kita pelajari cara membuatnya dengan menggunakan resipi di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Gulai Lemak Ayam Lagi Padu Dari Biasa, Ada Satu Bahan Yang Jarang Orang Letak

RESEPI KARI IKAN MERAH PEKAT DAN WANGI

Bahan-bahan:

  • Ikan apa-apa pun boleh
  • 4 sudu besar rempah kari ikan Babas
  • Santan (agak-agak nak pekat macam mana, tetapi jangan terlalu pekat kerana kari itu nanti tidak sedap, biar sedang-sedang sahaja)
  • Kacang bendi
  • Tomato
  • Cili padi
  • Air asam jawa
  • Garam

Bahan tumis:

  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 1 sudu teh halba campur (rahsia gulai wangi)
  • 2 tangkai daun kari

Bahan kisar:

  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • Halia sedikit
  • Kunyit hidup sedikit
  • 1 tangkai daun kari

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis dan biarkan seketika sehingga garing.
  2. Kemudian, masukkan pula bahan kisar.
  3. Tumis sehingga kering dan pecah minyak. Kemudian letakkan sedikit air dan sambung tumis.
  4. Tambahkan air 3 hingga 4 kali dan tumis lagi sehingga rempah betul-betul masak.
  5. Selepas itu, masukkan air asam jawa dan garam. Sambung tumis sehingga pecah minyak lagi.
  6. Seterusnya, boleh masukkan santan dan ikan. Biarkan mendidih.
  7. Apabila sudah mendidih, masukkan kacang bendi, tomao dan cili padi.
  8. Perasakan dengan garam secukupnya.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: June Ahmad

Baca juga: Resipi Telur Itik Masak Lemak, Ini PETUA Elak Telur Pecah Dalam Kuah

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago