resepi ikan talapia

Entri kali ini MyResipi ingin berkongsikan Resepi Ikan Talapia Masak Pedas Thai yang dibawa khas dari negara Thailand.

Jika anda menyukai masakan yang pedas dan manis, memang wajib cuba resipi ini. Aromanya yang harum juga boleh membangkitkan selera sesiapa sahaja!

Cara memasaknya juga cukup mudah serta bahan-bahan yang diperlukan mudah untuk didapati. Jom cuba!

Baca juga: 10 Tip Hilangkan Bau Hanyir Ikan Pada Tangan, Berkesan!

RESEPI IKAN TALAPIA MASAK PEDAS THAI

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor ikan talapia (boleh ganti guna ikan siakap)
  • 1 sdb sos ikan
  • 1 sdb cili kisar (ni sy tambah)
  • 1 sdb thai cili paste (ni sy tambah)
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 7-8 biji cili padi hijau (hiris)
  • 1 biji cili merah (cincang halus)
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 1 cawan air
  • Daun limau purut 
  • Halia (hiris )
  • 1 sudu olive oil (guna minyak masak pun boleh)

Cara memasak:

1. Lumurkan serbuk kunyit dan garam pada keseluruhan ikan talapia. Kemudian, goreng sehingga garing dan ketepikan.

2. Seterusnya, tumis bahan cincang iaitu bawang putih, cili merah, cili padi dan halia.

3. Masukkan pula cili kisar, pes cili Thai dan sedikit sos cili. Tambahkan air masak dan masak sehingga mendidih.

4. Selepas itu, masukkan jus limau, sos ikan dan daun limau purut. Masak lagi sehingga kuah menjadi agak pekat.

5. Akhir sekali, perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.

6. Curahkan kuah ke atas ikan yang sudah digoreng tadi. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Baca juga: Jangan Panik Kalau Tercekik Tulang Ikan, Cuba 11 Petua Ini Untuk Hilangkan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN