Resepi ikan bilis masak kicap, hidangan yang paling cepat dan simple tapi boleh menyebabkan anda bertambah-tambah nasi.
Kos untuk sediakannya juga murah, selain sesuai untuk menu orang bujang atau menu ‘menunggu gaji’ bak kata orang.
Menu ini juga cukup sedap jika dimakan dengan nasi panas atau bubur nasi. Bukan setakat orang dewasa, anak-anak juga pasti akan suka!
Baca juga: Resipi Ikan Bilis Masak Asam Yang Lazat, Ini Petua Agar Tak Liat & Rangup Sampai Petang!
RESEPI IKAN BILIS MASAK KICAP
Bahan-bahan yang diperlukan:
– Ikan bilis (digoreng)
– Ubi kentang (hiris & goreng)
– Bawang besar
– Halia
– Cili api
– Kicap
– Sos tiram
– Sos cili
– Garam
– Gula
– Serbuk perasa
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, halia dan cili api. Kacaukan seketika sampai sedikit layu.
2. Masukkan sos cili 2 sudu, sos tiram 1 sudu dan kicap 2 sudu. Kacau hingga rata.
3. Seterusnya masukkan ubi kentang dan ikan bilis yang sudah digoreng.
4. Masukkan garamn gula dan perasa.
5. Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan.
6. Boleh dimakan dengan nasi panas atau bubur nasi. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Azwa Muhammad via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Baca juga: Sambal Ketuk Ikan Bilis Yang Sedap, Pedas Dia Memang Tak Boleh Bawa Bincang