Categories: Resipi

Resepi Gulai Kuning Ikan Merah Kelantan, Tips Ini Buat Kuah Jadi Sedap Molek!

Apabila bercerita tentang Kelantan, pasti terbayangkan makanannya yang enak belaka. Jika teringin makan hidangan dari Kelantan, boleh cuba resepi Gulai Kuning Ikan Merah.

Gulai Kuning Ikan Merah merupakan antara hidangan wajib dicuba jika bercuti ke Kelantan dan lauk ini sangat mudah dijumpai di mana-mana kedai nasi campur di sana.

Asma Nordin yang berasal dari Kelantan telah kongsikan resepi Gulai Kuning Ikan Merah turun-temurun daripada ibu bapanya di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Gulai Kawah Kelantan, Lauk Kenduri Ini Buat Ramai Berselera Dengan Aromanya

RESEPI GULAI KUNING IKAN MERAH KELANTAN

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan merah (buang sisik dan bersihkan)
  • 500ml santan
  • 500ml air
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam (secukup rasa)
  • Sedikit gula (secukup rasa)

Bahan kisar:

Bahan hiasan atau sampingan:

  • Lada hijau atau solok lada
  • Nanas dan daun kesum (jika suka)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, ikan dilumur dengan garam dan diperap (seeloknya semalaman supaya isi ikan pejal atau 1 jam pun boleh).

2. Selepas itu, satukan semua bahan ke dalam periuk kecuali ikan dan bahan hiasan.

3. Kemudian, masak sehingga sebati dan santan naik minyak, jangan bergentel (api perlahan).

4. Seterusnya, masukkan ikan. Masak sehingga ikan lembut dan masukkan bahan hiasan.

5. Akhir sekali, sesuaikan rasanya. Kacau sekejap. Siap untuk dihidang!

Jika suka, anda boleh letak sedikit bawang putih dalam bahan kisar semasa buat resepi Gulai Kuning Ikan Merah ini. Nak lebih pedas, tambah saja cili padi yang menyengat.

Lauk-pauk di Kelantan memang tak kurang hebatnya dengan negeri lain di Malaysia. Lebih-lebih lagi, Gulai Kuning Ikan Merah ini merupakan antara yang disukai ramai.

Anda wajib cuba masak lauk ini di rumah kerana kuahnya yang pekat dan sedap bakal membuatkan selera sesiapa pun terangkat apabila memakannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Asma Nordin

Baca juga: Gulai Nangka Ikan Kering Tumis Darat, Menu Kampung Yang Ramai Suka!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

3 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

3 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

4 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

4 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

8 hours ago