Resepi gulai daging buku besar ini merupakan salah satu menu kenduri suatu ketika dahulu. Biasanya satu pinggan akan dihidangkan dengan 3 hingga 4 ketul daging untuk lima orang tetamu.
Walaupun daging dipotong dalam saiz yang besar, namun dagingnya tetap empuk dan dapat menyerap rasa rempah. Memang sangat sedap jika digandingkan dengan nasi briyani, nasi minyak dan acar.
Jika sudah lama tidak menikmati lauk ini, anda boleh cuba masak sendiri menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Daging Masak Kicap Yang Paling Sedap, Pekat & Melekat. Memang Wajib Cuba!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Kisar lumat semua bahan bertanda (**). Tumis rempah empat sekawan sehingga wangi dan masukkan bahan kisar tadi. Tumis lagi hingga pecah minyak.
2. Masukkan rempah kerutuk dan tumis lagi hingga betul-betul pecah minyak.
3. Seterusnya, masukkan daging yang dipotong besar.
4. Kacau hingga rempah kerutuk meresap masuk dalam daging. Selepas itu masukkan nisan dan asam keping.
5. Masukkan air, masak hingga daging empuk dan kuah pekat. Setelah itu masukkan santan dan biarkan kuah pekat sedikit.
6. Bila kuah dah pekat masukkan bawang holland yang dipotong baji.
7. Biarkan bawang sedikit layu. Tambahkan garam dan perasa. Siap untuk dihidang.
Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar
Baca juga: Cara Masak Kari Daging Supaya Pecah Minyak Elok, Boleh Ikut Tip Ini!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…