
Kalau sebut donut, memang ramai yang suka. Tapi kalau donut biasa dah selalu buat, apa kata kali ini cuba pula kelainan dengan resepi donut red velvet ini.
Donut ini bukan saja cantik dengan warna merah yang menawan, malah teksturnya lembut gebu dan sangat sedap dimakan.
Menariknya, resepi ini juga mudah dibuat kerana doh tidak perlu diuli lama pun tetap menjadi gebu gebas hasilnya. Jom cuba buat!
Baca juga: Resipi Bebola Donut Yang Gebu & Saiz Comel, Kudapan Paling Senang Nak Buat!
RESEPI DONUT RED VELVET GEBU TANPA ULI

Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar mauripan (yis segera)
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu besar susu pekat
- ½ sudu besar marjerin
- 1 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu besar pewarna merah
- Susu full cream secukupnya
- Secubit garam
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan kering iaitu tepung, mauripan, baking powder, serbuk koko dan garam. Gaul hingga sebati.
- Masukkan bahan basah iaitu susu pekat, marjerin dan pewarna merah. Akhir sekali tuangkan susu full cream sedikit demi sedikit.
- Uli hingga doh tidak melekat di tangan. Biarkan doh selama 30 minit sehingga mengembang dua kali ganda.
- Uli semula doh, kemudian bentukkan menjadi donut. Biarkan rehat sebentar selama 1 minit.
- Panaskan minyak dan goreng donut hingga keemasan.
- Sejukkan, kemudian hias dengan susu dan gula aising mengikut cita rasa.
Sumber: Fazz Ahmad
Baca juga: Asyik-Asyik Donut Bulat, Jom Cuba Donut Bantal Yang ‘Crunchy’ & Berongga Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














