resepi dessert

Cuaca panas seperti sekarang sangat nikmat kalau dapat hirup sesuatu yang menyejukkan tekak. Ada banyak resepi dessert homemade yang boleh dicuba, antaranya adalah koktail buah campur, laicikang, cha ba ang dan sebagainya.

Kali ini MyResipi akan berkongsikan resipi pencuci mulut berasaskan buah markisa atau dikenali dengan nama passion fruit. Buah markisa akan dicampur dengan jus limau kasturi, puding, madu dan sebagainya.

Apabila dihirup, kita akan merasai tekstur puding yang lembut dan cair di dalam mulut. Sangat menyegarkan!

Baca juga: Cara Buat Puding Koktail, Bukan Saja Cantik Tapi Sedap, Lembut & Kurang Manis!

RESEPI DESSERT HOMEMADE BUAH MARKISA

Bahan-bahan:

  • 4 buah markisa yang sudah masak (ripe passion fruit)
  • 8 biji limau kasturi
  • 100g madu asli
  • 20 ketul ais
  • Daun pudina untuk hiasan

Bahan untuk pudding peppermint:

  • 3 uncang teh pudina
  • 1.6 liter air
  • 30g serbuk gelatin ikan (halal)
  • 50g gula

Cara-cara:

1. Didihkan air untuk membuat teh pudina. Biarkan uncang teh berendam selama 3 minit, kemudian buang uncang tersebut. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.

resepi dessert

2. Tambahkan gula dan serbuk gelatin ke dalam teh pudina. Kacau untuk melarutkan gula dengan menggunakan api perlahan.

3. Kemudian biarkan adunan mendidih untuk larutkan gelatin sepenuhnya. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam sehingga ia keras.

4. Cuci bersih buah markisa dengan air garam. Potong buah markisa dan cedok isinya untuk digunakan nanti. Belah dua limau kasturi dan buang biji pahit.

5. Setelah puding mengeras, potong kepada kiub kecil. Letakkan ke dalam mangkuk besar.

6. Kemudian masukkan isi buah markisa, perahan limau kasturi, madu dan kiub ais. Gaul rata sehingga madu larut dalam ais. Tambahkan ais dan madu mengikut citarasa anda.

7. Hidangkan sejuk dan sedia untuk dihidangkan!

resepi dessert

Kredit resipi dan gambar: Joyce Goh

Baca juga: Resipi Koktail Buah Campur, Ringkas Tapi Sangat Sedap & Menyegarkan Tekak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN