Categories: Resipi

Resipi Daging Goreng Kicap Pedas, Lauk Ringkas Tapi Sangat Lazat Terangkat!

Daging kicap merupakan salah satu lauk kegemaran ramai kerana ia cukup mudah untuk dimasak. Ada satu lauk ini pun sudah cukup, tak perlu lauk lain dah.

Kali ini apa kata kita cuba resipi yang sedikit berbeza iaitu resepi daging kicap versi pedas. Siapa suka pedas pasti akan menyukai menu ini.

Cara memasak juga ada kelainan, tidak sama seperti daging kicap biasa. Oleh itu, mari kita ketahui resipi penuh seperti yang dikongsikan oleh Umi Watie di bawah.

Baca juga: Tip Buat Daging Goreng Kunyit Jadi Basah-Basah, Barulah Lagi Sedap!

RESEPI DAGING KICAP PEDAS

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500 gram daging
  • 1 biji bawang merah**
  • 2 ulas bawang putih**
  • ½ inci halia**
  • 7 tangkai cili kering**
  • 2 sdb sos tiram
  • 2 sdb sos tomato
  • 3 sdb sos cili
  • 4 sdb kicap manis
  • 1 biji bawang holland
  • 7 biji cili api

Cara-cara memasak:

1. Kisar halus bahan bertanda (**). Ketepikan.

2. Hiris nipis daging atau mengikut ketebalan yang disukai. Selepas itu, lumurkan daging dengan garam dan serbuk kunyit.

3. Kemudian, goreng daging dalam kuali sampai sedikit garing. Jika daging sudah garing elok, angkat dan ketepikan.

4. Guna minyak yang sama tapi kurangkan sedikit, tumis bahan kisar tadi sehingga wangi, garing dan pecah minyak.

5. Bila sambal dah elok pecah minyak, masukkan semua jenis sos dan kicap manis. Gaul-gaul bagi rata menggunakan api kecil.

6. Tak perlu tambah gara atau gula sebab semua dah cukup rasa masam, manis dan pedasnya. Anda boleh ubah suai mengikut selera.

7. Kemudian, masukkan daging yang telah digoreng tadi beserta bawang holland dan cili api yang diketuk manja.

8. Gaul rata kesemuanya sehingga bawang holland sedikit layu.

9. Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Facebook Umi Watie

Baca juga:

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago