Selain cucur udang, cucur manis atau cucur ikan bilis, anda juga boleh mencuba resepi cucur bantal ini.
Cucur ini sangat rangup di luar dan berongga di dalam. Memang sedap jika dicicah dengan kari ayam atau sambal sardin.
Cara membuatnya juga tidak susah mana, hanya menggunakan beberapa bahan mudah. Jom lihat resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Mariana Zainal di bawah.
Baca juga: Resipi Cucur Kentang Guna Bahan Mudah, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara:
1. Dalam satu besen, satukan mauripan, gula dan air suam. Kacau sehingga larut.
2. Masukan tepung, baking soda, planta dan garam. Uli sebati selama 8 hingga 10 minit.
3. Peram adunan selama 1 ½ jam dalam bekas yang bertutup.
4. Tumbuk-tumbukkan adunan untuk buang angin dalam doh dan uli.
5. Tabur tepung dan letakkan doh. Gelek bagi leper dan jangan terlalu nipis. Tabur tepung lagi.
6. Potong adunan menjadi segi empat tepat tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
7. Biarkan 10 minit dan bolehlah digoreng dalam minyak yang panas guna api sederhana.
8. Apabila sudah bertukar perang dan garing, boleh angkat dan toskan.
9. Sedap dimakan bersama kari ayam, sambal bilis, sambal sardin dan kuah kacang.
Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal
Baca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…