cucur ayam

Kalau ada lebihan nasi dan isi ayam yang tidak digunakan, apa kata kita cuba resepi cucur ayam ini. Tidak ramai yang menggunakan isi ayam dalam membuat cucur.

Rupanya, penggunaan isi ayam akan menghasilkan tekstur cucur yang juicy di dalam tetapi rangup di luar! Dijamin tak cukup sepinggan dibuatnya.

Resipi ini hanya memerlukan 5 bahan utama. Memang cukup mudah, cepat, sedap, dan lazat hingga menjilat jari. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Cucur Kentang Guna Bahan Mudah, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam!

RESEPI CUCUR AYAM

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

1. Kisar isi ayam dan nasi sehingga lumat.

2. Kemudian, masukkan carrot, daun sup, dan bawang. Gaul rata sehingga sebati.

3. Seterusnya, masukkan 2-3 sudu besar tepung gandum, lada sulah, dan perasakan dengan garam serta gula mengikut citarasa masing-masing.

4. Jemputkan adunan mengikut saiz kesukaan. Boleh gunakan sudu atau tangan.

5. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.

cucur ayam

Info: Jika ingin buat Frozen, goreng dengan api perlahan sahaja. Jangan masak separuh, tapi biar masak sepenuhnya. Setelah itu, jangan biarkan sejuk. Simpan dalam peti sejuk beku. Apabila ingin makan, goreng semula hingga garing atau boleh gunakan air fryer.

cucur ayam

Kredit resipi dan gambar: Cik Dayang Zulaila

Baca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN