resepi creampuff

Seorang pengguna laman sosial TikTok berkongsikan resepi creampuff yang telah dipelajari dari ibunya.

Menurutnya, cara ini telah diguna pakai selama hampir 20 tahun. Memang boleh dikatakan resipi legend!

Bahan-bahan yang diperlukan mudah sahaja mudah didapati, malah cara membuat cukup ringkas dan tidak renyah.

Jom lihat resipi penuh di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Kuih Apam Lambung Telur, Sedap Makan Dengan Kelapa Parut

RESEPI CREAMPUFF LEGEND 20 TAHUN

Bahan pastri choux:

  • 250g mentega (masin)
  • 500ml air
  • 300g tepung biasa
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 6 biji telur saiz B

Cara buat pastri choux:

  1. Didihkan air dan butter dalam periuk. Kacau sehingga butter cair.
  2. Tutup api dan alihkan periuk.
  3. Tambahkan tepung dan kacau sehingga bertukar kepada tekstur doh.
  4. Alihkan tepung ke dalam mangkuk pengadun. Letakkan telur dan putar sehingga sebati.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Paipkan atas loyang, jarakkan sedikit puff jangan terlalu rapat.

Bahan inti kastard:

  • 6 sudu besar gula
  • 500ml susu penuh krim
  • 1 sudu kecil pati vanilla
  • 2 biji telur saiz B
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 50-100g mentega

Cara buat inti kastard:

  1. Satukan gula dan susu, kemudian didihkan.
  2. Sambil tunggu dua bahan tadi mendidih, kisar telur, tepung kastard dan tepung jagung sehingga bercampur rata.
  3. Kemudian, tuangkan bahan kisar ke dalam campuran gula dan susu yang sudah mendidih.
  4. Kacau laju supaya tidak berketul. Boleh juga guna whisk tangan supaya tekstur lebih rata.
  5. Akhir sekali, letakkan mentega dan sambung kacau seketika.
  6. Sejukkan sebelum letak ke dalam piping bag.
  7. Paipkan ke dalam choux yang sudah siap dibakar.
  8. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Ainaaideaa.Bakes

Baca juga: Kuih Bakar Pandan Tanpa Telur, Kerak Tebal Begini Confirm Berebut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN