resepi corndog

Sesiapa yang suka makanan viral pasti pernah dengar tentang resepi Corndog yang pernah kecoh dengan kelazatannya yang tak terkata.

Corndog merupakan sosej yang ditusuk dengan lidi dan disalut dengan lapisan tebal adunan tepung, kemudian digoreng rendam dalam minyak yang panas.

Bukan saja popular di luar negara, malah orang Malaysia juga sukakan Corndog dan snek ini antara yang laku keras di food truck atau pasar malam.

Resepi Corndog yang dikongsikan oleh Alia Nella di Facebook cukup menarik perhatian kerana hasilnya buat ramai terliur. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Churros Versi Bebola, Nikmat Cicah Dengan Sos Coklat Likat

RESEPI CORNDOG

resepi corndog

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan susu
  • Keju mozarela
  • Keju cheddar
  • Sosej
  • Serbuk roti
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara:

1. Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam.

2. Masukkan telur dan susu, kemudian gaul sehingga sebati.

3. Potong sosej dan keju mozarela mengikut saiz yang anda mahukan, kemudian cucukkan sosej dan keju.

resepi corndog

4. Jika anda mahu keju tambahan, salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi.

5. Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung, kemudian salutkan dengan serbuk roti.

6. Akhir sekali, terus goreng dalam minyak masak yang panas sehingga garing. Siap untuk dihidang!

Tak sangka sebenarnya resepi Corndog cukup mudah dibuat di rumah dan apabila makan sekali, pasti nak lagi nanti.

Anda pasti puas hati dengan hasil resepi Corndog yang rangup di luar, ditambah pula keju meleleh di dalam membuatkan sesiapa saja terliur melihatnya.

Sekarang sudah tahu resepi Corndog yang sedap, bolehlah buat pada bila-bila masa dan keluarga anda pasti menyukainya.

Snek ini merupakan idea sarapan atau minum petang yang menarik di rumah dan boleh dijadikan hidangan untuk tetamu juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Alia Nella

Baca juga: Cara Buat Cakoi Lembut, Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Untuk Hasil Gebu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN