Resepi cinnamon roll sebenarnya tidak rumit, ada cara mudah untuk membuatnya di rumah. Kuih ini juga merupakan pencuci mulut yang disukai ramai kerana rasa manis dan aroma kayu manisnya.
Artikel ini akan berkongsi cara membuat cinnamon roll yang senang dan sedap, menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Selain itu, resipi ini menggunakan roti prata segera sebagai bahan asas, jadi penyediaannya cepat dan mudah.
Jom cuba resipi langkah demi langkah seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Shida Ambok di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Rahsia Cekodok Pisang Gebu, Lemak Manis & Wangi! Guna Susu Cair Bukan Air Biasa
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Cantumkan penghujung dua keping roti prata di atas pan yang telah dilumur dengan mentega.
2. Sapukan mentega pada keseluruhan permukaan roti prata.
3. Taburkan serbuk kayu manis di atasnya. Lagi banyak, lagi sedap.
4. Taburkan pula gula perang dan ratakan.
5. Gulung roti prata sebelum dipotong-potong.
6. Tegakkan susunan potongan tadi. Bakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit.
7. Siap untuk dihidang. Jika disalut dengan sirap coklat, ia akan menjadi lebih sedap.
Kredit resipi dan gambar: Shida Ambok
Baca juga: Resipi Roti Bakar Kaya Butter Ala Kopitiam, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Rasa Mewah!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…