Entri kali ini, MyResipi ingin berkongsikan resepi chicken chop grill dengan tekstur kulit ayam yang ‘crispy’ tanpa menggunakan setitik minyak.
Walaupun tanpa minyak, kulit ayam tetap menjadi garing dan rangup. Dimakan pula dengan sos cendawan homemade, memang lagi mengancam!
Jika ingin tahu bagaimana cara penyediaannya, jom lihat resipi penuh oleh Norhidayah Mohd Aripin di bawah.
Baca juga: Resipi Hainanese Chicken Chop, Sos Tak Muak & Lagi Mantap Dari Biasa!
RESEPI CHICKEN CHOP GRILL
Bahan-bahan:
- Ayam
- Serbuk lada hitam
- Serbuk bawang putih
- Sedikit garam
- Butter
- Bawang putih
- Cooking cream
- Cendawam
- Air
- Mushroom seasoning
Cara-cara:
1. Tabur serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, serbuk bawang putih dan sedikit garam ke atas. Buka api perlahan, bakar hingga ayam keluarkan minyaknya sendiri.
2. Bila dah garing, terbalikkan. Waktu ini masukkan kentang.
3. Pastikan jaga api, jangan balik-balikkan ayam. Biarkan saja sehingga ayam masak sepenuhnya pada satu bahagian, kemudian baru balikkan bahagian lagi sebelah.
4. Minyak dan kerak-kerak ayam jangan buang, terus masuk butter dan bawang putih. Bawang putih boleh guna pemarut, lagi senang dari cincang.
5. Masukkan sedikit cooking cream, mushroom dan air (jika perlu). Perasakan dengan mushroom seasoning.
6. Hidangkan panas-panas kerana kulit masih rangup dan garing. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Norhidayah Mohd Aripin
Baca juga: Resipi Chicken Chop Brown Sauce, Siap Dengan Coleslaw Ala KFC