Tercari-cari resipi pencuci mulut yang ringkas dan mudah untuk dibuat? Jom cuba Resepi Cheesekut Coklat Nestum ini.
Hanya menggunakan beberapa bahan mudah, anda sudah boleh menghasilkan dessert yang lazat dan puas bila dimakan.
Cara-caranya juga sangatlah senang, tak perlu bakar menggunakan oven. Haanya kisar bahan-bahan dan sejukkan dalam peti ais. Jom cuba!
Baca juga: Cara Buat Kek Pandan Kampung Tanpa Oven, Masak Guna Dapur Gas Je
1. Pukul cream cheese, krimer manis coklat saji, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan 3 sudu besar serbuk koko yang diayak terlebih dahulu dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan 3 sudu besar susu cair dan kacau guna spatula (susu cair dimasukkan kerana adunan cream cheese sedikit kental kerana ditambah serbuk koko. Lebihkan susu cair jika suka cheese meleleh-leleh)
4. Panaskan susu cair dan tambah 2 sudu besar serbuk koko (supaya serbuk koko senang larut). Tapis jika perlu dan sejukkan sebentar.
5. Tuangkan susu cair tadi dalam bekas supaya senang untuk dicelup.
6. Celup biskut satu persatu dan susun dalam loyang. Sudukan 4 sudu besar cream cheese dan ratakan.
7. Taburkan nestum secukupnya. Ulang langkah hingga habis.
8. Sejukkan dalam peti ais semalaman sebelum dipotong.
Kredit resipi dan gambar: Izanizawati Ismail
Baca juga: Biskut Cornflakes Susu, Rangup Luar & Cair Di Mulut, Tanpa Guna Oven & Mixer!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…