resepi celup tepung

Kalau ada yang rindu nak makan celup tepung seperti di Terengganu, apa kata kita cuba buat sendiri saja di rumah menggunakan resepi celup tepung perkongsian oleh Nur Masri di bawah.

Setiap kali pergi Terengganu, memang tak sah kalau tak singgah makan celup tepung. Sda banyak pilihan celup tepung yang boleh dipilih seperti sotong, ikan, ketam, udang, sotong, bebola ikan dan sebagainya.

Yang penting, semuanya fresh dan murah-murah belaka! Makan pula sambil nikmati pemandangan pantai yang indah, memang auto berselera dibuatnya.

Baca juga: Resipi Sup Ayam Siam, Rasa Masam-Masam Pedas Yang Pasti Menggoda!

RESEPI CELUP TEPUNG RANGUP

resepi celup tepung

Bahan-bahan:

  • Ikan / udang (mengikut pilihan)
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • Serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • Serbuk cukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur
  • 1/4 sudu kecil kapur makan
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan di atas dan gaul hingga semuanya sebati.
  2. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  3. Panaskan minyak hingga betul-betul panas sebelum mula menggoreng.
  4. Celupkan ikan (atau lauk lain) ke dalam adunan tepung tadi. Pastikan bersalut rata.
  5. Kemudian, masukkan ke dalam minyak panas.
  6. Goreng hingga masak dan rangup.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Cara Masak Udang Buttermilk Lemak Berkrim, Rasa Yang Tak Boleh Dilupa!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN