resepi cekodok pisang

Resepi cekodok pisang ini memang legend! Gebu, lembut, manis, dan wanginya memikat hati semua orang tidak kira budak kecil sampai ke orang tua.

Setelah mencuba sekali, pasti nak lagi! Rahsianya terletak pada penggunaan susu cair yang membuatnya lebih lembut dan gebu berbanding menggunakan air biasa.

Resipi ini juga menggunakan pisang emas yang betul-betul masak ranum, bukan yang separuh masak. Tak rugi buat sebab memang sedap! Jadi, jom cuba buat resepi cekodok pisang gebu ini. 

Baca juga: Resipi Cekodok Manis Rangup, Ini Rahsia Bulat Elok & Tak Serap Minyak

RESEPI CEKODOK PISANG GEBU

Bahan-bahan:

  • 1 sisir pisang emas yang masak ranum (pastikan pisang betul-betul masak, jika ada hitam-hitam, itu tandanya masak ranum)
  • 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 gelas susu cair
  • Gula secukupnya
  • 1/2 sudu teh garam

Cara Penyediaan:

  1. Lenyekkan pisang hingga hancur.
  2. Campurkan semua bahan (soda bikarbonat, serbuk penaik, tepung gandum, susu cair, gula, dan garam) ke dalam pisang lenyek.
  3. Pastikan tekstur adunan sama seperti dalam gambar (jika ada gambar rujukan).
  4. Perap adunan selama 1 jam (lebih lama perap, lebih cantik hasilnya).
  5. Goreng adunan sehingga cekodok berwarna keemasan.
  6. Hasilnya, tekstur cekodok akan tetap bulat selepas digoreng dan tidak akan kecut.
  7. Sedia untuk menjamu selera, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nana Sabrina Sarsan

Baca juga: Resipi Kuih Cucur Topi Guna 4 Bahan, Ikut Cara Ini Baru Menjadi Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN