Categories: Resipi

Resepi Cekodok Guna 4 Bahan Tanpa Telur, Sejam Lebih Pun Tetap Rangup

Telur adalah salah satu bahan yang sering digunakan untuk buat cekodok, tapi jika anda mempunyai alahan pada telur, boleh saja buat resepi cekodok tanpa telur.

Cekodok atau dipanggil juga sebagai jemput-jemput atau cucur, sering dijadikan sebagai hidangan sarapan atau minum petang tanpa lazat.

Nak buat resepi cekodok tanpa telur cukup mudah dengan mengikut langkah demi langkah yang diajar oleh Leeniy Irneenaa Hawra II di Facebook ini. Jom cuba!

Baca juga: Nak Resipi Cekodok Pisang Tanpa Gagal, Pakai Pisang Jenis ‘Ini’

RESEPI CEKODOK TANPA TELUR

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang merah atau kecil (dihiris nipis atau dadu)
  • 1 sudu ikan bilis (diketuk sehingga hancur, boleh ganti dengan setengah kiub pati ikan bilis jika tiada)
  • Garam, ajinomoto dan perasa

Cara-cara:

1. Sediakan bekas, kemudian masukkan bawang yang dihiris, ikan bilis yang diketuk, tepung gandum, garam dan perasa.

2. Masukkan air panas secara berperingkat sambil kacau. Apabila tekstur seperti mash potato, campur sedikit air biasa. Pastikan adunan tak terlalu cair, biar seperti mash potato yang lembut-lembut supaya mudah disudukan nanti.

3. Rasa dulu sedikit dan jika hujung lidah rasa tepung itu masin ringan-ringan, maksudnya sudah cukup rasa. Biarkan dulu dalam masa 10 minit.

4. Panaskan api sederhana saja dan sudukan dalam kuali. Letak rapat-rapat pun tak mengapa sebab nanti ia berpisah sendiri. Biar yang bawah masak dulu, selepas itu baru terbalikkan.

5. Apabila sudah garing, boleh angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Jika nak bentuk cekodok anda bulat dan cantik, semasa sudukan itu anda perlu bentukkannya bulat sedikit semasa masuk ke dalam kuali.

Resepi cekodok ini sesuai digandingkan dengan sos pencicah yang lazat, tapi ia juga enak dimakan begitu saja.

Anda akan terkejut dengan hasilnya yang tetap rangup di luar dan gebu di dalam walaupun sudah 2 jam digoreng.

Selamat mencuba!

Sumber: Leeniy Irneenaa Hawra II

Baca juga: Cekodok Ikan Bilis Rangup, Dah Sejuk Pun Sedapnya Tak Hilang

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago