Jika anda tidak suka kopi yang pahit, boleh cuba resepi buttercream latte ini. Rasa minuman ini tidak sekuat ais latte, ada sedikit rasa manis dan berkrim. Jadi, ia sesuai untuk anda yang bukan penggemar rasa kopi ‘strong’.
Rupanya kalian boleh cuba buat sendiri di rumah, tak perlu ke kedai kopi dah. Ikut saja resipi perkongsian oleh chedacheyu ini merupakan ilham dari Gigi Coffee.
Kalau dah pandai buat, hari-hari boleh minum di rumah. Jimat duit! Selamat mencuba.
Baca juga: 4 Idea Resipi Air Berbuka, Menu Macam Di Kafe Hipster Tapi Guna Bahan Mudah
1. Sediakan ais kopi latte menggunakan coffee atau espresso kegemaran masing-masing.
2. Boleh letak pemanis jika suka.
3. Untuk penyediaan topping buttercream pula, bancuh 1-2 sudu kecil serbuk kopi segera, 2 sudu kecil gula atau gula icing dan 2 sudu kecil air panas.
4. Gunakan milk frother, pukul sehingga bancuhan agak foamy (ala-ala dalgona coffee).
5. Kemudian tuangkan whipping cream dan pukul lagi sehingga menjadi agak kembang.
6. Sediakan cawan, letakkan ais, tuangkan latte tadi dan letakkan topping buttercream yang sudah dibuat tadi.
Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: chedacheyu
Baca juga: Fuhh Segar Tekak Minum Air Strawberry Lemon Tea, Sihat Tanpa Gula!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…