resepi bubur jagung

Kenyang makan lauk paprik daging, tekak teringin pula yang manis-manis. Buka peti ais, nampak ada setongkol jagung. Apa lagi, jom buat resepi bubur jagung.

Resipi bubur jagung ini akan bagi rasa yang berlemak manis dan sangat sedap kalau disejukkan terlebih dahulu sebelum menjamahnya.

Tanpa buang masa, jom kita baca resipi oleh Cik Puan Tiesha Abdul Rahman bersama tips tambahan yang dikongsikan beliau.

Baca lagi: Ayam Masak Serai Thai, Ramai Suka Resipi Ini Sebab Aroma Mengancam!

RESEPI BUBUR JAGUNG

Bahan-bahan:

  • 5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
  • 1/2 cawan sagu putih
  • 2 cawan air
  • 2 cawan santan pekat – guna santan segar
  • 1 tongkol gula melaka
  • 2 sb gula pasir
  • 3 sb susu pekat
  • 1/2 st garam halus
  • 1 helai daun pandan – disimpulkan

Bahan kisar halus:

  • 2 senduk hirisan jagung
  • 1 cawan air

Cara-cara membuatnya:

1. Didihkan 2 cawan air dalam periuk. Masukkan sagu dan masak hingga biji sagu menjadi jernih keseluruhannya. Kemudian tapis dan lalukan di bawah air paip untuk membuang kanji lebihan.

2. Ketepikan sagu yang telah siap untuk digunakan kemudian.

resepi bubur jagung

3. Kisar halus 2 senduk hirisan jagung bersama 1 cawan air. Proses ini penting untuk memberikan kuah bubur rasa jagung yang pekat dan lemak.

4. Masukkan baki hirisan jagung yang belum dikisar ke dalam periuk bersama 2 cawan air. Pastikan air cukup untuk menutupi paras jagung.

5. Kemudian masukkan jagung yang telah dikisar tadi ke dalam periuk. Kacau rata dan masak selama kira-kira 15 minit atau sehingga jagung empuk.

6. Apabila jagung sudah empuk, masukkan santan pekat, garam, gula melaka, gula pasir, dan daun pandan yang telah disimpul.

7. Tambah juga susu pekat untuk memberikan sedikit kelembutan pada rasa bubur. Kacaukan campuran ini sehingga semuanya sebati dan mendidih perlahan-lahan.

8. Setelah kuah mendidih, masukkan sagu yang telah dimasak tadi ke dalam periuk. Kacau dengan kerap untuk mengelakkan santan daripada berketul dan pastikan semua bahan digaul rata.

9. Bila bubur sudah mendidih sedikit dan kuah mula memekat, anda boleh tutup api.

Tip Tambahan:

  • Anda boleh menyesuaikan tahap kemanisan bubur mengikut citarasa masing-masing. Tambah lebih gula melaka atau gula pasir jika suka lebih manis.
  •  Jika suka, anda boleh menambah sedikit jagung krim dalam tin untuk menjadikan bubur ini lebih berlemak krim dan kaya dengan rasa jagung.

Sumber: Tiesha Abdul Rahman 

Baca lagi: Cara Buat Sosej Bites Terlajak Mudah, Boleh Berebut Makan Dengan Anak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN