resepi bakso sedap

Kadang-kadang muncul rasa bosan asyik makan nasi saja kan. Apa kata jom tukar selera dengan mencuba resepi bakso sedap ini pula.

Resipi ini hanya perlu menggunakan bebola daging segera. Jadi anda tak perlu susah-susah buat bebola daging sendiri. Jom cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Sambal Balado, Resipi Asli Dari Orang Indonesia

RESEPI BAKSO SEDAP DAN MUDAH

Resepi Bakso Sedap – Kuah

Bahan-bahan:

  • Bebola daging segera
  • Daging atau tulang
  • Sup bunjut
  • Garam
  • Ajinamoto

Bahan tumis:

  • Bawang merah 
  • Bawang putih
  • Buah keras
  • Lada putih
  • Daun bawang (ambil bahagian bawah saja)

Cara-cara:

1. Rebus bebola daging, daging atau bahagian tulang daging. Lebihkan kuah jika mahu kuah lebih.

2. Kisar semua bahan-bahan tumis. Kemudian tumis bahan-bahan kisar tadi beserta sup bunjut sehingga agak kering.

3. Kemudian baru masukkan ke dalam sup tadi. Perasakan dengan garam dan ajinamoto. Siap bahagian sup.

Resipi Sambal

Bahan-bahan:

  • Cili api merah
  • Bawang putih
  • Sedikit air
  • Sedikit cuka (boleh ganti air asam jawa)
  • Garam

Cara-cara:

1. Rebus cili api dan bawang putih. Kemudian kisar halus bersama bahan-bahan yang berbaki.

2. Sedia untuk dihidangkan bersama bahan-bahan lain di bawah.

  • Kicap
  • Sos cili
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Kobis – racik halus
  • Suun/mihun/mi

Kredit resipi dan gambar: CT Nazura

Baca juga: Cara Buat Kuah Pecal Resipi Asli Dari Indonesia, Sedap Tak Menyesal Cuba

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN