Categories: Resipi

Resipi Ayam Masak Kicap Pekat & Pedas, Sedap Walaupun Tak Berkuah

Terdapat pelbagai resepi ayam masak kicap pekat yang boleh anda cuba. Ada yang jenis kering dan ada juga yang berkuah.

Jika anda sudah biasa dengan yang berkuah dan ingin mencuba versi kering, mari lihat resipi yang dikongsikan oleh Saudari Aimie Amira di bawah.

Menurutnya, lagi kering lagi sedap! Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya.

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Pandan, Ini Cara Mudah Tak Perlu Balut Daun!

RESEPI AYAM MASAK KICAP PEKAT & PEDAS

Bahan-bahan:

  • Seekor ayam
  • 4 biji kentang (dipotong wedges)
  • Sebiji bawang besar (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 inci halia (dihiris batang)
  • 4 ulas bawang putih, 1 bawang besar, 5-7 biji cili padi, 1 inci halia (dikisar)
  • Cili kisar 2-4 sudu besar (ikutlah nak pedas mana)
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis 1, biji pelaga 3, bunga lawang 1, cengkih 3)
  • Sos cili – 1 sudu besar
  • Sos tomato – 2 sudu besar
  • Kicap manis – 3 sudu besar
  • Kicap pekat – 3 sudu besar
  • Sos tiram – 2 sudu besar
  • Gula
  • Garam
  • Bawang (potong bulat) – hiasan
  • Cili merah (potong serong) – hiasan

Cara-cara:

  1. Goreng ayam separuh masak @ 3/4 masak & goreng kentang juga (agak garing).
  2. Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi & tumis rempah 4 sekawan + bawang merah + bawang putih (yang dihiris).
  3. Masukkan pula hirisan halia dan biarkan hingga naik bau.
  4. Masukkan bahan yang diblend tadi. Gaul-gaul sehingga agak masak. Kemudian, masukkan cili giling, biarkan sehingga naik bau. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Letak sedikit gula & garam secukup rasa.
  5. Masukkan ayam & kentang yang digoreng tadi & gaulkan sehingga sebati.
  6. Masukkan bawang potong bulat dan cili merah (optional).
  7. Kacau hingga sebati dan siap.

Kredit: Almie Amira

Baca juga: Resipi Ayam Madu Sedap Menjilat Jari, Rasa Sebiji Ala Kedai Mamak

Nasiha

Recent Posts

Nasi Ambeng Johor Versi Cepat Siap, Resipi Ringkas Tapi Cukup Menyelerakan

Jika anda lahir di Johor dan berketurunan Jawa, pasti suka makan Nasi Ambeng Johor yang…

2 hours ago

Cara Masak Beras Basmathi, Guna Tips Ini Baru Lembut Dan Berderai Elok!

Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi.…

21 hours ago

Resepi Kek Marble Gebu, Satu Adunan Saja Boleh Bakar Atau Kukus Dengan Mudah

Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih…

24 hours ago

Cara Mudah Buat Pancake Kapit Mini, Comel Sangat Sampai Anak Pun Suka!

Setiap hari mak-mak akan memikirkan hidangan yang mampu menarik selera anak. Oleh itu, kami nak…

24 hours ago

Ikan Siakap Pedas Manis, Lauk Ini Buat Satu Keluarga Makan Sampai Berselera!

Sudah sering pesan di restoran, jadi sekali-sekala bolehlah cuba masak Ikan Siakap Pedas Manis yang…

1 day ago

Kuih Apam Mekar Dengan 5 Bahan, Lembut Dan Kembang Gebu Hasilnya

Antara kuih yang sentiasa laku keras dan mendapat permintaan ramai adalah kuih Apam Mekar kerana…

1 day ago