Bosan dengan menu ayam goreng? Apa kata hari ini kita cuba menu ayam bakar pula untuk hidangan seisi keluarga di rumah. Resipi ayam bakar yang cukup mudah dan paling penting sihat kerana tidak menggunakan minyak ketika dibakar. Jadi apa kata kita cuba resepi Ayam Bakar Daun Kunyit yang dikongsikan oleh Bahiah Saripuddin di Facebook.

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

MUDAH

Resepi Ayam Bakar Daun Kunyit 

Bosan dengan menu ayam goreng? Apa kata hari ini kita cuba menu ayam bakar pula untuk hidangan seisi keluarga di rumah. Resipi ayam bakar yang cukup mudah dan paling penting sihat kerana tidak menggunakan minyak ketika dibakar. Jadi apa kata kita cuba resepi Ayam Bakar Daun Kunyit yang dikongsikan oleh Bahiah Saripuddin di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 1 ketul ayam bahagian dada 

  • 2 helai daun kunyit 

  • 1 batang serai

  • 2 biji bawang merah

  • 1/2 inci halia

  • 1/2 inci kunyit hidup

  • 1 sudu kecil serbuk kari

  • Sedikit garam

Kredit: Bahiah Saripuddin
CARA PENYEDIAAN
  • Kisarkan semua bahan sekali kecuali serbuk kari, garam dan daun kunyit.

  • Bila dah hancur. Masukkan dalam ayam dan tambah bahan lain. Gaul sebati bagi semua bahan mesra.

  • Perapkan selama sejam. Lagi lama lagi sedap.

  • Bakarlah suka hati nak guna apa. Guna pemanggang ajaib pun boleh. Kalau bakar guna oven pun boleh. 

  • Siap! Sedia dihidangkan. Janji masak simple dan sedap belaka. Selamat mencuba 

Kredit: Bahiah Saripuddin

Kredit: Bahiah Saripuddin

Kredit: Bahiah Saripuddin

Kredit: Bahiah Saripuddin

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN