Apom Lenggang sememangnya digemari ramai dan sangat popular, terutamanya di negeri-negeri utara. Kuih yang klasik ini memang terbaik kerana rasanya yang lemak manis.
Ia kelihatan seperti lempeng, tetapi memiliki sedikit bonjol di bahagian tengah. Sekali makan, memang tak akan jemu! Satu biji pun tak cukup, 2-3 keping baru puas.
Bagi anda yang suka menikmati Apom Lenggang yang sedap, seakan rasa pasar malam, resipi mudah dari saudari Nor Atika Nazirah ini wajib dicuba.
Baca juga: Cara Buat Kuah Yong Tau Fu Ala Pasar Malam, Boleh Makan Puas-Puas!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali kelapa parut.
2. Kisar semua dan tapis ke dalam bekas, kemudian tutup. Perap selama sejam.
3. Setelah sejam, buka dan kacau adunan. Kemudian masukkan kelapa parut dan kacau hingga sebati.
4. Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak. Masukkan adunan sesenduk, kemudian lenggang dan tutup.
5. Apabila masak dan kekuningan, boleh angkat dan gulung.
6. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nor Atika Nazirah
Baca juga: Buat Sendiri Apam Balik Nipis Ala Pasar Malam, Ikut Sukatan Ini Nak Lagi Rangup
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…