Siapa yang suka kuih tradisional, wajib cuba resepi apam mekar yang gebu dan lembut ini.
Kuih ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa, tak kira waktu sarapan pagi atau ketika minum petang.
Cara membuatnya juga cukup mudah dan cepat untuk disediakan. Tak perlu kukus lama pun, sekejap saja dah siap.
Baca juga: Resipi Apam Kampung Terlajak Gebu, 1 Adunan Boleh Buat Macam-Macam Perisa
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Pertama sekali, kisar telur, gula, esen vanilla dan ovalette. Kisar sehingga kembang.
2. Bila dah kembang, masukkan secawan aiskrim soda bersama tepung. Kisar tepung sedikit demi sedikit, jangan masukkan semua.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bekas pertama letakkan pewarna merah, kacau sebati. Campurkan juga chocolate rice ke dalam bahagian berwarna merah.
4. Bahagian kedua letakkan perwarna hijau. Bahagian ketiga tak perlu letak pewarna. Letakkan semua adunan ke dalam piping bag.
5. Panaskan kukusan. Sambil itu, susukan cawan kertas di dalam pengukus. Paipkan adunan berwarna merah terlebih dahulu.
6. Kemudian paipkan pula adunan berwarna putih.
7. Atas sekali paipkan adunan berwarna hijau.
8. Kemudian, lorekkan pewarna hijau pekat seperti bentuk dalam gambar.
9. Sebelum kukus, pastikan air sudah mendidih. Kukus dengan api yang kuat selama 10 minit.
10. Selamat mencuba!
Tip:
Kredit resipi dan gambar: Norrishah Durrah Shaari
Baca juga: Apam Balik Gebu Macam Pasar Malam, Sedap Makan Panas-panas
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…