rendang itik

Rendang Itik Cara Minang, Memang Sedap Dan Tiada Bau Hamis Ikut Resipi Ini.

Tak semua orang makan daging itik yang boleh dengan berbagai jenis masakan sama ada kari, salai dan sebagainya mengikut cara masak masing-masing. Apa kata anda cuba resipi ini. 

Baca juga: Rendang Maman Daging, Sajian Wajib Raya Negeri Sembilan, Resipi Mudah Di Sini

Itik yang dibuat rendang terbukti sangat sedap dan menyelerakan malahan daging itik tidak akan hanyir kerana ada petua terbaik untuk menghilangkan hanyir itik. Resipi rendang itik ini dikongsikan oleh Cik Puan Nurul Ateekah.


RESIPI RENDANG ITIK

bahan rendang itik

Bahan-bahan:

  • 1 ekor itik
  • 1 ½ biji bawang besar #
  • 8 ulas bawang putih #
  • 2 batang serai #
  • Halia – sebesar ibu jari #
  • Kunyit – sebesar ibu jari #
  • lengkuas – sebesar ibu jari #
  • Cili kering 15-20 batang – direbus/direndam air panas #
  • 2-3 sudu besar kerisik
  • 3 sudu besar Serbuk Kari daging
  • 1 kiub ayam
  • Garam
  • Bawang goreng 2 sudu besar
  • Santan kotak kecil ½ kotak
  • 300 ml air putih
  • 2 sudu belacan serbuk belacan
  • Daun salam/bayleaves 1 keping
  • Daun limau purut 2 helai
  • 1@2 helai daun kunyit Di hiris halus

Cara memasak:

1. Kisar bahan yang bertanda # sehingga halus

2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk besar kecuali kerisik, garam, kiub, daun kunyit. Guna api sederhana.

3. Masak tanpa mengunakan minyak kerana daging itik akan mengeluarkan minyaknya sendiri. 

4. Masak sehingga empuk dan kering. Masukkan kerisik, kiub ayam, garam, daun kunyit, bawang goreng. Gaul rata dan sebatikan rasanya.

5. Siap untuk dihidang.

Nota: Cara hilangkan hamis itik, cuci dagingnya menggunakan tepung jagung dan garam.

rendang itik


Selamat mencuba!

Baca juga: Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Guna RAHSIA Ini, Baru Sedap Masak Rendang Dan Sup

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN