Categories: ArtikelResepi

Rempah Cap Bunga Rose Jadi Pilihan Profesor Chef Zam Dalam Bengkel Tradisi!

Bukan semua jenama diberi kepercayaan untuk menjadi penaja utama dalam acara kulinari bersama chef tersohor negara. Tapi Rempah Cap Bunga Rose membuktikan bahawa produk tempatan juga mampu berdiri sama tinggi, malah jadi pilihan utama pakar kulinari terkenal, Prof. Dato’ Zamzani Abdul Wahab DPMT atau lebih dikenali sebagai Chef Zam.

Inilah yang berlaku dalam Bengkel Masakan Tradisi Terengganu yang berlangsung pada 14 dan 15 Jun lalu, hasil kerjasama antara Rich Talents International College, Chef Zam, dan Rempah Cap Bunga Rose.

Acara ini bukan sekadar bengkel masakan, ia merupakan perayaan warisan, rasa dan kualiti sebenar rempah Melayu.

Rempah Cap Bunga Rose bawa rasa asli Terengganu

Melalui bengkel ini, pemilik kedai makan, suri rumah dan pelajar kulinari kolej berpeluang menggunakan Rempah Cap Bunga Rose untuk menghasilkan masakan tradisional seperti Nasi Dagang, Kerutuk Ayam dan Gulai Ikan Tongkol.

Selain itu, peserta bengkel juga akan diajar cara membuat kuih Akok Berlauk dan Tamin Sari. Siapa kata Rempah Cap Bunga Rose hanya boleh digunakan untuk masakan lauk sahaja? Buat kuih pun boleh sebenarnya.

Bengkel eksklusif buka minda dan selera

Bengkel ini bukan sekadar mengajar teknik memasak. Ia memberi pengalaman menyeluruh kepada peserta, terutamanya pelajar kulinari muda, untuk lebih menghargai seni masakan warisan.

Peserta bukan sahaja belajar cara memasak, malah turut didedahkan dengan sejarah dan penggunaan rempah ratus dalam setiap hidangan tradisional, membuka mata mereka kepada nilai budaya dalam setiap suapan.

Rempah Cap Bunga Rose, campuran rempah tulen

Tiada hidangan tradisional yang lengkap tanpa rempah yang tepat. Di sinilah Rempah Cap Bunga Rose memainkan peranan penting.

Terkenal dengan Rempah Gulai, Rempah Masak, Serbuk Kacang Hijau dan Pes Gulai Ayam, produk Rempah Cap Bunga Rose menggunakan campuran rempah ratus tulen dan seimbang. Aroma yang dihasilkan pula cukup menyelerakan.

Maka, tak hairanlah jenama ini telah lama menjadi pilihan utama chef profesional, pemilik kedai-kedai makan dan suri rumah dalam menghasilkan rasa masakan Melayu yang autentik.

Dengan pengalaman bertahun dalam penghasilan rempah berkualiti, Rempah Cap Bunga Rose kini lebih kukuh sebagai jenama yang menyatukan rasa dan warisan.

Kepercayaan Chef Zam terhadap produk ini sebagai penaja rasmi dan bahan utama dalam bengkel masakan adalah bukti jelas akan standard dan mutu rempah ini yang tiada tandingan.

Rempah Cap Bunga Rose, rempah ratus tempatan yang berkualiti dan dipercayai pakar kulinari.

Kini anda pun boleh cipta rasa autentik seperti yang disediakan oleh Chef Zam sendiri dengan menggunakan Rempah Cap Bunga Rose. Rempah ratus tempatan yang terbukti berkualiti dan dipercayai pakar kulinari.

Jangan lupa untuk ikuti Facebook dan TikTok Rempah Cap Bunga Rose untuk menerokai keunikan rasa masakan Melayu sebenar dari dapur anda sendiri.

Beli produk Rempah Cap Bunga Rose di SINI.

putri@revmedia.my

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

12 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

12 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

12 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

13 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

13 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

16 hours ago