Project Description

Bagaimana cara nak masak Tat Buah-Buahan?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tat Buah-Buahan

Bagaimana cara nak masak Tat Buah-Buahan?

BAHAN-BAHAN

  • 125 g mentega 
  • 125 g marjerin 
  • 80 g gula halus 
  • 1 biji telur 
  • 400 g tepung gandum (diayak) 
  • ½ cawan cornflake (dikisar halus) 
  • 250 g krim keju 
  • 50 g mentega 
  • 50 g gula halus 
  • Buah pic 
  • Buah kiwi 
  • Strawberi 
  • Jeli aprikot (bagi mengilatkan buah)
CARA PENYEDIAAN
    1. Gaulkan mentega, marjerin, dan gula perang sehingga sebati. 
    2. Masukkan telur dan kacau rata. 
    3. Masukkan tepung gandum dan cornflake sedikit demi sedikit sehingga sebati dan lembut. 
    4. Canai dan terap doh dengan acuan bulat dan masukkan ke dalam acuan tat. Tekan nipis mengikut bentuk acuan dan potong lebihan atas tepi acuan. Cucukkan adunan dengan garpu bagi mengelakkan adunan menggelembung. 
    5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api atas dan bawah selama 20-25 minit ataupun sehingga masak. 
    6. Keluarkan tat dan sejukkan. 7 Pukul bahan B (krim keju) sehingga sebati dan gebu. 8 Masukkan adunan krim keju dan hiaskan dengan buah pic, buah kiwi, dan strawberi yang sudah dipotong kecil dan digaulkan dengan jeli aprikot.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.