Kalau rasa dah bosan selalu makan kerepek pisang, kerepek ubi dan kerepek bawang. Kali ini kita tukar sedikit selera buat kerepek labu. Rasa lemak dan manis daripada labu tu memang sekejap je licin kalau makan bersama seisi keluarga. Kena potong nipis-nipis lagi sedap untuk mengunyah sambil tengok movie. Nomie Harun telah kongsikan resepi ini di laman Facebook miliknya. Jadi, selamat mencuba!
PENULIS
najahnurul
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Mudah
FAKTA MASAKAN
20 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
KEREPEK LABU
Kalau rasa dah bosan selalu makan kerepek pisang, kerepek ubi dan kerepek bawang. Kali ini kita tukar sedikit selera buat kerepek labu. Rasa lemak dan manis daripada labu tu memang sekejap je licin kalau makan bersama seisi keluarga. Kena potong nipis-nipis lagi sedap untuk mengunyah sambil tengok movie. Nomie Harun telah kongsikan resepi ini di laman Facebook miliknya. Jadi, selamat mencuba!
Kredit : Nomie Harun
BAHAN-BAHAN
Labu
Minyak masak
CARA PENYEDIAAN
Potong labu mengikut ira lekok labu.
Buang biji-biji labu.
Kupas kulit labu agak-agak kulit tu tidak terlalu tebal, supaya masih ada warna hijau pada labu itu.
Sagat labu nipis-nipis dengan menggunakan penyagat.
Selepas disagat, basuh dan toskan. Tidak perlu rendam dengan air garam. Basuh begitu sahaja.
Lapik tisu dapur di atas talam. Letakkan labu yang telah ditoskan tadi dan jemur sehingga kering.
Jemur labu tersebut dalam setengah jam hingga ke 1 jam.
Selepas jemur, goreng di dalam api yang sederhana.
Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan sejukkan.
Selepas sudah sejuk, masukkan di dalam balang dan siap boleh dimakan terus.
TIPS
Jemur sehingga kering untuk membuatkan labu lebih rangup.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.