Rupanya ada rahsia masak daging goreng kunyit yang lembut walaupun bukan guna daging batang pinang. Malah tidak guna pressure cooker sama sekali, tapi daging tetap lembut, berjus dan manis.
Nak tahu caranya? Boleh cuba tips dan cara masak daging goreng kunyit yang telah dikongsikan oleh Ummi Syuhada di laman sosial Facebook menerusi group Masak Apa Hari Ini (MAHN).
Daging goreng kunyit yang lembut walaupun bukan daging batang pinang.
Baca juga: Resipi Sup Daging Ori Thai. Kena Letak Satu Bahan Ini Baru Rasa Lagi ‘Kick’
1. Goreng bawang, lobak merah dan kentang terlebih dahulu. Ketepikan.
2. Perap daging bersama bawang putih, halia, rempah sup, rempah kurma dan serbuk kunyit. Gaul sebati.
3. Ini cara mudah jika masak untuk sahur. Goreng daging perap tadi dalam 5 minit. nak bagi air daging keluar dulu. Pastikan semua bahagian daging dah pucat, jangan ada kesan merah/darah daging. Gaul semua bahagian sampai rata. Tutup kuali.
4. Masa bangun sahur tambah air, sambung masak guna api besar. Tunggu sampai kering baru tambah sayur. Daging selama dia terperap dalam kuali tu, dia melalui proses melembutkan urat-urat daging. Isi daging lebih berjus dan manis.
Kredit: Ummi Syuhada
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…