Apabila tekak terasa kering, mulalah mencari pencuci mulut yang sejuk untuk dimakan. Tak perlu ke kedai dessert, anda boleh buat Puding Cheese Mangga di rumah sekarang.
Zura Zul telah kongsikan resipi Puding Cheese Mangga di Facebook yang tampil bersama 3 layer dan nampak sungguh lazat. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Kek Mangga Cheese Tanpa Bakar, Rasa Sebijik Macam Aiskrim!
Bahan-bahan:
Cara-cara membuat puding cheese mangga:
1. Mula-mula, hancurkan biskut cracker dan letak dalam loyang 8 inci, kemudian ketepikan.
2. Masak agar-agar dengan air sehingga larut dan masukkan gula. Kemudian, kacau-kacau rata dan perlahankan api.
3. Ambil 1¼ cawan adunan agar-agar, tuang dalam loyang biskut tadi dan kacau bagi biskut dan agar-agar sebati. Kemudian, tekan-tekan bagi sama dan biarkan sederhana beku.
4. Lebihan adunan agar-agar tadi, masukkan susu segar, cheese, tepung kastard, secubit garam dan kacau sebati, kemudian perlahankan api.
5. Ambil dalam 3¾ cawan adunan agar-agar dan tuang perlahan-lahan atas biskut tadi, kemudian biarkan sederhana beku.
6. Potong 1 biji mangga, kisar dengan lebihan agar-agar dalam periuk sehingga hancur. Tuang semula dalam periuk, letak sedikit pewarna oren dan masak sebentar.
7. Tuang atas agar-agar tadi perlahan-lahan. Tinggalkan sedikit agar-agar ini lebih kurang ½ cawan lebih sikit dan biarkan sederhana beku.
8. Potong 1 biji mangga dalam bentuk dadu kecil-kecil dan tabur atas agar-agar tadi perlahan-lahan. Kemudian, lebihan agar-agar itu tuang atas mangga dan biarkan beku sepenuhnya dengan menyimpannya dalam peti sejuk selama 3 jam.
9. Akhir sekali, boleh keluarkan puding dari loyang (terbalikkan perlahan-lahan sambil tapak tangan menahan untuk keluarkan perlahan-lahan puding tersebut). Setelah itu, boleh potong ikut suka. Siap untuk dinikmati!
Rasa sejuk dan lembut yang serasi pada Puding Cheese Mangga telah buat ramai jatuh cinta dengan pencuci mulut ini. Jika anda ajak keluarga memakannya, pasti mereka seronok nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Zura Zul
Baca juga: Puding Mangga Susu Mudah Tanpa Pewarna, Lalu Di Tekak Terasa Sejuk Manis!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…