Puding Blueberry Cincau

Puding Blueberry Cincau adalah pilihan yang lazat untuk untuk dinikmati sebagai juadah petang atau pun majlis rumah terbuka.

Ia tidak hanya cantik seperti marmar tetapi juga sedap tau. Boleh ikuti resipi dari perkongsian Nurhayati Maleq di Facebook ini. 

Baca juga: Puding Pandan Sirap Untuk Sukatan Loyang 7 Inci, Jom Cuba!

RESIPI PUDING BLUEBERRY CINCAU

Puding Blueberry Cincau

Bahan-bahan:

Cara penyediaan

1. Campurkan bahan-bahannya. Untuk bancuhan ini, saya menggunakan 1 tin susu cair. Masak air dengan agar-agar sehingga larut.

2. Masukkan gula dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Kurangkan api.

3. Ambil 1 1/2 cawan cecair agar-agar dan tuangkan ke dalam bekas lain.

4. Perisakan dengan pewarna blueberry emulco, gaul rata dan sejukkan. Saya letakkan dalam peti sejuk seketika.

5. Setelah keras, keluarkan dan potong menjadi dadu. Kemudian masukkan ke dalam loyang.

6. Susun cincau dan agar-agar blueberry yang dipotong tadi dalam loyang berukuran 8×8. Saya tidak ada cincau, jadi saya hanya letakkan potongan agar-agar sahaja. Kemudian ketepikan.

7. Untuk bahagian susu, panaskan semula api dan masak lebihan agar-agar tadi.

8. Tuangkan susu cair dan masukkan garam. Gaul sehingga sebati.

9. Ambil 3 cawan cecair agar-agar bersusu tadi. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam loyang yang berisi agar-agar blueberry. Biarkan hingga sederhana beku.

10. Warna lebihan cecair agar-agar dalam periuk dengan pewarna blueberry emulco.

11. Setelah sederhana beku, tuangkan perlahan-lahan bancuhan ungu di atas agar-agar susu. Bekukan dalam peti sejuk.

12. Setelah keseluruhan agar-agar keras, balikkan perlahan-lahan ke atas bekas atau alas rata dan potong mengikut citarasa anda.

13. Potong agar-agar menggunakan pisau panjang.

Puding Blueberry Cincau

Puding ini lebih sedap jika dimakan sejuk! Mudah dan cepat. Selamat Mencuba!

Baca juga: Puding Coklat Biskut Marie (Edisi Kurang Manis), Sejuk Tekak Dibuatnya!

Sumber: Nurhayati Maleq

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN