puding biskut

Sekali pandang, nampak macam kuih lapis, tapi sebenarnya bukan kerana ini adalah puding biskut cream cracker yang disediakan menggunakan tiga bahan saja. Mari cuba resipi puding biskut ini. Ia sangat mudah, dan rasanya juga enak!

Pencuci mulut ini boleh dihidangkan dalam pelbagai warna dan dengan pelbagai lapisan. Hanya biskut, telur, susu pekat, dan pewarna yang diperlukan. Campurkan semua bahan dan kukus setiap lapisan satu persatu. Proses pengukusan hanya memerlukan masa 10 minit saja. Pastikan untuk mengisar semua bahan dengan halus.

Baca juga: Puding Coklat Biskut Marie (Edisi Kurang Manis), Sejuk Tekak Dibuatnya!

Resipi ini dikongsi oleh Siti Aishah Hussin. Anda boleh mengukusnya dalam loyang atau menggunakan acuan kuih lompang. Penggunaan acuan kuih lompang lebih mudah kerana tidak perlu memotong. 

RESIPI PUDING BISKUT CREAM CRACKER

puding biskut

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

  1. Rendam biskut dalam air panas hingga kembang, kemudian toskan.
  2. Kemudian, masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
  3. Pengisar sehingga halus.
  4. Bahagikan adunan kepada tiga warna yang berbeza.
  5. Tuangkan warna pertama dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapisan seterusnya dilakukan sehingga adunan habis.
  7. Akhir sekali, kukus selama 10 minit.
  8. Kek sekarang siap untuk dihidangkan.

puding biskut

Selamat mencuba dan menjamu selera.

Sumber: Siti Aishah Hussin

Baca juga: Puding Pandan Thai (Kanom Piak Poon), Sedap Rasa Berlemak Manis!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN