Hari ini kita akan ikuti satu perkongsian resipi pucuk ubi goreng cili api yang mudah dan sedap. Buat banyak-banyak stok boleh tahan sampai dua minggu tau!
Resipi asal diambil dari Dato Rizalman, viral tahun lepas. Pucuk ubi biasanya kita buat masak lemak kan.
Tapi, kita goreng sampai garing dan gaul dengan bahan-bahan gorengan ragup yang lain seperti ikan bilis.
Artikel berkaitan: Resipi Gulai Daging Salai Pucuk Ubi, Aroma Bunga Kantan Bersama Petai Sebagai Pembuka Selera
Kena tambah bawang putih goreng untuk khasiat nya, dan semua bahan digaul pula dengan sambal garing yang pedas-pedas manis.
Pucuk ubi goreng tu texture dah macam seaweed flakes pun ada sebab sangat lah rangup, cuma berbeza sikit dari segi rasa. Kalau takda seaweed flakes, hah goreng je pucuk ubi ganti.
Jom ikuti resipi dari perkongsian Iskamaridzah Ismail ini. Hidangan ni sedap sangat kalau makan dengan nasi panas.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Panaskan kuali dan minyak masak. Goreng pucuk ubi sehingga ranggup toskan.
2. Goreng ikan bilis hingga rangup toskan.
3. Tumis bawang hingga garing. Masukkan cili kering, garam dan gula.
(gula kena letak lebih sikit) dikacau.
4. Masukkan belacan dan asam gelugur dan kacau.
5. Tumis smpai cili tu masak n kering sedikit.
6. Msukkn ikan kurau. Kemudian, masukkan ikan bilis. Boleh tutup api.
7. Masuk pucuk ubi dan gaul secara perlahan sebab taknak bagi pucuk ubi hancur.
8. Bila dah rata elok, angkat letak dlm besen dan biar ia sejuk ikut suhu bilik.
12. Bila dah sejuk, dah sedia untuk diletakkan dalam bekas kecil. Tahan 2 minggu.
Yang duduk kampung, mesti senang je nak dapat pucuk ubi ni. Apa tunggu lagi simpan resipi ni dan cuba sendiri di rumah. Semoga resipi ini bermanfaat buat kita semua.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…