Categories: Infomasi

5 Port Sarapan Sekitar Kuala Lumpur, Kena Dengan Tekak Orang Melayu!

 

Mesti seronok jika hujung minggu ini anda bersama yang tersayang menikmati sarapan pagi. Lagi best kalau kedai itu menyediakan makanan yang menarik kena dengan selera. 

MyResipi ingin kongsikan 5 port breakfast yang anda perlu cuba di sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Jom baca!

Baca juga: Port Makan Best Di Kuala Kangsar & Ipoh Dengan View Cantik, Wajib Singgah!

5 PORT SARAPAN PAGI DI KUALA LUMPUR

1. Hening Restoran

Kredit gambar: Eat Drink KL

Hening restorang menyediakan pelbagai masakan Melayu yang sangat asli yang pastinya sedap. Antara menu mereka adalah kerabu limau bali, nasi dagang, nasi lemak, gulai kawah, rendang daging dan bermacam lagi. 

Selain itu, pencuci mulut yang manis berlemak seperti bubur cha cha, pengat pisang, cendol wajib dicuba. 

Menariknya, restoran ini terletak di sebuah banglo lama yang dihiasi dengan gabungan tradisional dan moden.

Alamat: Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 8 pagi sehingga 6 petang

2. TGSK KL 

Kredit gambar: WilayahKu

Jika mahukan pemandangan sarapan pagi yang berbeza, apa kata datang ke TGSK KL yang terletak di dalam Taman Ampang Indah.

Dikelilingi pokok hijau yang mendamaikan dapat menenangkan diri dari kesibukkan bandar sambil menikmati makanan Melayu dari negeri Terengganu dan Johor.

Pisang goreng, cucur bawang, keropok lekor, tempe, lempeng dan pelbagai menu yang sangat menarik berbaloi untuk dicuba. Kalau anda nak tahu, kesemua makanan ini dihidangkan panas-panas bersama sambal kicap dan sambal tumis!

Alamat: Lot 6557, Jalan Wangsa 9, Taman Wangsa Ukay, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Selangor

Waktu operasi: Selasa hingga Ahad, 7:30 pagi hingga 12:30 petang

3. Kopi & Benang

Kedit gambar: Kopi dan Benang

Terletak di sekitar Keramat, kafe ini menawarkan aktiviti seni yang menarik seperti tufting iaitu membuat karpet menggunakan benang berwarna warni.

Anda juga boleh mencuba pelbagai jenis kopi yang disediakan oleh barista terlatih seperti mocha, latte, americano dan bermacam lagi.

Selain itu, makanan ringan seperti roti bakar, kek dan pai juga turut disediakan.

Alamat: AU2C/2, Taman Desa Keramat Kuala Lumpur

Waktu operasi: Jumaat hingga Ahad, 7 pagi sehingga 11 malam

4. Kak Som, Pantai Timur

Kredit gambar: Makan Jika Sedap

Jika anda peminat menu pantai timur, jangan lupa untuk mencuba hidangan berasaskan pantai timur yang autentik dan resipi menggunakan bahan-bahan segar 

Hidangan utama seperti nasi dagang gulai ikan tongkol, nasi kerabu ayam percik, laksam dengan kuah lemak.

Selain itu, ada juga dijual lokcing bersama sos cili, ulam-ulaman dan banyak lagi. Tidak dilupakan pencuci mulut yang pasti manis dan segar antaranya, bubur kacang merah, gula melaka, kuih lapis dengan kelapa parut dan gula merah serta ais krim goreng.

Alamat: 19, 13, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 7 pagi sehingga 12 pagi

5. Warung Nasi Ayam Pak Ayub

Kredit gambar: foursquare

Sebuah kedai makan yang klasik terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang sangat terkenal dengan hidangan nasi ayam dan roti canai sedap serta murah.

Warung Nasi Ayam Pak Ayub menjual nasi ayam bersama kuah kari ayam yang pekat dan berempah serta roti canai yang pelbagai jenis lauk antaranya sardin, daging, telur dan lain-lain.

Alamat: Jalan Pantai Permai 1 Bukit Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari, 6 pagi hingga 1:30 pagi

Kredit: Makan Best Malaysia

Baca juga: Resipi Portuguese Toast Ala Harold’s Bread, Buat Sendiri Boleh ‘Adjust’ Rasa Manis

Aisha Qistina

Recent Posts

Cara Masak Beras Basmathi, Guna Tips Ini Baru Lembut Dan Berderai Elok!

Pelbagai jenis nasi dibuat menggunakan beras basmathi seperti nasi minyak, nasi beriani dan banyak lagi.…

3 hours ago

Resepi Kek Marble Gebu, Satu Adunan Saja Boleh Bakar Atau Kukus Dengan Mudah

Sesiapa saja yang suka makan kek pasti menyukai resepi Kek Marble gebu dan lembut. Lebih-lebih…

5 hours ago

Cara Mudah Buat Pancake Kapit Mini, Comel Sangat Sampai Anak Pun Suka!

Setiap hari mak-mak akan memikirkan hidangan yang mampu menarik selera anak. Oleh itu, kami nak…

5 hours ago

Ikan Siakap Pedas Manis, Lauk Ini Buat Satu Keluarga Makan Sampai Berselera!

Sudah sering pesan di restoran, jadi sekali-sekala bolehlah cuba masak Ikan Siakap Pedas Manis yang…

12 hours ago

Kuih Apam Mekar Dengan 5 Bahan, Lembut Dan Kembang Gebu Hasilnya

Antara kuih yang sentiasa laku keras dan mendapat permintaan ramai adalah kuih Apam Mekar kerana…

13 hours ago

Resipi Donut Kapas Terlajak Gebu, Makan Sebiji Tak Cukup!

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek…

6 days ago