Petang-petang biasanya mesti kita nak makan snek yang ringan dan sedap. Sekarang dah muncul snek paling menarik iaitu Popia Pepero yang rangup dimakan!
Pepero adalah sejenis snek biskut berbentuk batang yang berasal dari Korea Selatan. Kebanyakan pepero disalut bersama coklat dan badam hancur dengan pelbagai perisa.
Kali pertama dengar Popia Pepero, memang terkejut dibuatnya. Snek ini memang lain dari yang lain kerana ia menggunakan kulit popia, bahan paling mudah didapati di pasar raya!
Idea snek menarik iaitu Popia Pepero oleh Adilah Bte Othman daripada Facebook ini cukup digemari. Snek ini tak perlu diletakkan di dalam peti sejuk. Jom cuba!
Baca juga: Popia Seaweed Gulung Tak Guna Modal Banyak, Gulung Terus Siap
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Jika guna kulit popia yang besar, potong kepada 4 bahagian, gulung dan lekatkan hujungnya dengan air. Jika guna kulit popia yang kecil pula, terus gulung saja dan lekatkan hujungnya dengan air.
2. Goreng sehingga keperangan.
3. Cairkan coklat putih dengan menggunakan kaedah double boil. Apabila sudah cair, celup pada kulit popia dan balut pula dengan Oreo.
4. Jika menggunakan coklat gelap, balutkan dengan badam. Sedikit rumit kerana badam perlu disangai terlebih dahulu. Siap!
Kerangupan kulit popia bersama kemanisan coklat, memang bakal buat ramai terliur. Bukan kanak-kanak saja, malah orang dewasa juga sukakan snek seperti Popia Pepero ini.
Selepas siap, anda boleh letakkannya di dalam bekas kedap udara supaya ia tetap rangup. Jika nak puas makan, nampak gaya kenalah buat banyak!
Ia sememangnya nikmat dimakan sambil menonton movie. Bila makan, terasa seperti makan Pepero yang sebenar tau.
Anda juga boleh jadikan Popia Pepero ini sebagai idea snek untuk hari raya. Makan sekali, pasti nak lagi.
Selamat mencuba!
Sumber: Adilah Bte Othman
Baca juga: Jom Buat Popia Gulung Serunding, Lipat Ikut Cara Ni Kalau Nak Mudah & Cepat Siap
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…