popia daging

Sibuk di dapur pada setiap pagi untuk menyediakan sarapan adalah perkara biasa bagi setiap orang. Alangkah enaknya dapat makan Popia Daging sebagai sarapan hari ini.

Apa yang paling penting dalam membuat popia adalah kulit dan intinya, sama seperti karipap. Pelbagai inti popia yang ada seperti telur, otak-otak, sardin, sayur dan sebagainya.

Sempena Hari Raya Haji yang disambut baru-baru ini, semestinya anda sedang memikirkan cara untuk gunakan daging korban yang diperolehi.

Oleh itu, di sini kami kongsikan resipi Popia Daging daripada Suzana Ibrahim di blognya. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Popia Daging Karamel, Buat Banyak Terus Boleh Frozenkan!

RESIPI POPIA DAGING

popia daging

Bahan-bahan:

  • Kulit popia secukupnya
  • 250gm daging cincang
  • 1 biji ubi kentang (potong dadu)
  • 2 sudu besar rempah kari daging (campur sedikit air)
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 pokok daun bawang atau sup (potong kecil)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • Sos ikan dan sedikit gula secukup rasa
  • Minyak kanola (untuk menumis)

Cara-cara penyediaan inti popia:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bawang putih dan bawang besar dadu, kemudian tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan cili kering kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.

3. Masukkan rempah kari daging dan masak sehingga naik minyak.

4. Masukkan daging cincang dan ubi kentang, gaul sebati, kemudian goreng sehingga daging sedikit masak dengan api sederhana. Tambahkan sedikit air dan biarkan seketika.

5. Tambahkan sos ikan dan gula secukup rasa, sesuaikan rasanya, kemudian bolehlah diangkat dan sejukkan sebentar.

Cara-cara penyediaan popia:

1. Bentangkan kulit popia, letak sedikit intinya dan taburkan daun bawang atau sup, kemudian di gulung kemas.

2. Lekatkan tepinya dengan telur putih atau tepung yang dicampur sedikit air sebagai gam.

popia daging

3. Selepas semua popia siap digulung, goreng di dalam minyak dengan api yang sederhana sehingga berwarna perang, kemudian angkat dan toskan minyaknya. Siap untuk dihidang!

Selain sebagai sarapan, Popia Daging ini juga boleh dihidangkan sewaktu minum petang. Rangup dan intinya yang sedap buatkan kita makan sampai berulang kali.

Selamat mencuba!

Sumber: Suzana Ibrahim

Baca juga: Popia Otak Otak, Ini Rahsia Jadikannya Sedap Dan Cepat Laku

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN