pizza tepi jalan

Niat seorang pelanggan untuk menyokong peniaga kecil bertukar menjadi kekecewaan apabila pizza yang dibeli daripada gerai tepi jalan berharga RM19.90 kelihatan tidak menarik dan tidak setimpal dengan harga.

Kisah ini mendapat perhatian ramai di media sosial, sekali lagi membuka perbincangan tentang kualiti dan harga makanan dari peniaga jalanan.

Baca juga: Pemilik Taska Turun Dapur Masak Sendiri & Kongsi Rahsia Menu Harian Taska Sihat, Anak Jagaan Suka!

PIZZA TEPI JALAN RM19.90 BUAT PELANGGAN RASA TIDAK PUAS HATI

pizza tepi jalan

Pengguna Threads dengan akaun @zaa_fido, berkongsi pengalamannya membeli pizza dari gerai tepi jalan di Shah Alam. Apa yang sepatutnya menjadi niat baik untuk menyokong peniaga kecil, berakhir dengan rasa tidak puas hati.

Menurutnya, pizza tersebut kelihatan kurang menarik dan teksturnya seolah-olah tidak dimasak sempurna.

“Niat nak bantu peniaga jalanan, tapi janganlah jual pizza RM19.90 macam ni. Rasa macam dianiaya,” -zaa_fido

Ramai pengguna Threads bersetuju bahawa hidangan itu tidak berbaloi dengan harga yang dibayar. Malah, ada juga pengguna berkongsi pengalaman hampir sama.

pizza tepi jalan

Situasi ini sekali lagi menimbulkan perbincangan tentang nilai sebenar harga makanan daripada peniaga kecil. Pelanggan sanggup bayar lebih, tetapi kadang-kadang hidangan yang diterima jauh daripada jangkaan.

Bagi yang ingin mencuba makanan tepi jalan, kisah ini menjadi pengingat untuk pastikan harga dan kualiti sepadan, supaya niat untuk menyokong peniaga kecil tidak berubah menjadi kekecewaan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: @zaa_fido

Baca juga: Sushi Langkawi RM1, Dijual Oleh Warga Emas Jepun Muslim Di Kampung

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN