Mesti ramai yang suka makan tauhu kan? Stok tauhu wajib ada dalam peti sejuk, senang bila nak masak mee goreng atau juadah lain. Tapi kalau tak tahu petua simpan tauhu yang betul, ia tidak akan tahan lama.
Biasalah kadang-kadang bila terlupa nak guna, tauhu akan cepat berbau masam dan akhirnya terbuang begitu sahaja. Oleh itu, jom sama-sama baca petuanya di bawah yang merupakan hasil perkongsian oleh Fiza Mh.
Petua Simpan Tauhu Tahan Lama & Tidak Cepat Masam
Petua supaya tauhu yang kita beli tidak masam dan tahan lebih lama di dalam peti sejuk:
- Rebus tauhu terlebih dahulu selama 10 minit sehingga mendidih.
- Kemudian toskan dan biarkan ia sejuk.
- Setelah itu, simpan di dalam peti sejuk anda seperti biasa. Boleh tahan sehingga seminggu.
- Semoga bermanfaat!
Kredit: Fiza Mh