PENULIS
najahnurul
KATEGORI
Tips dan Petua
POSTED ON
2021-01-27
Petai merupakan salah satu ulam-ulaman yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebanyakan orang suka jadikan petai sebagai ulam, jeruk dan ada juga membuat sambal petai. Jadi kalau korang dah beli petai, sebenarnya ada cara dia tau untuk menyimpan supaya tahan lama dan kekal segar supaya petai tidak mudah kecut. Jom cuba tips yang dikongsikan oleh Khairuzetti di Facebook.
Kredit : Khairuzetti
BAHAN- BAHAN
- Petai
- Zipper Bag
Kredit : Khairuzetti
CARA – CARA
- Kupas kulit petai dan keluarkan semua biji petai.
- Biarkan kulit petai yang bahagian gelap. Jangan dibuang.
- Masukkan isi petai ke dalam zipper bag dan letakkan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.
Tips
Apabila nak guna isi petai, keluarkan sedikit sahaja dan masukkan ke dalam peti ais bahagian sejuk beku semula. Tahan sehingga 4 bulan.