petua simpan daun kunyit

Rupa-rupanya, ada petua simpan daun kunyit serta daun kesum yang betul untuk anda cuba. Hasilnya, memang tahan lama dan segar seperti baru dipetik. 

Beli daun kunyit di kedai sampai seikat tetapi yang digunakan hanya sedikit. Sekadar penambah rasa dan penaik aroma. Jadi apa yang hendak dilakukan dengan lebihan daun kunyit tadi? Jika disimpan dalam peti sejuk pun, pasti akan layu dan kering.

Baca juga: Trik Simpan Cili Supaya Tak Cepat Kecut Dan Tahan Lama

Melalui perkongsian di Facebook, Huda Zainal telah menunjukkan panduan dan langkah yang betul untuk menyimpan daun kunyit dan juga daun kesum supaya tahan lebih lama. Mari kita cuba!

Daun kunyit sudah 3 minggu. Daun kesum sudah 6 hari. Masih segar. Ini pertama kali saya cuba cara ini. Adik saya yang ajar. Katanya ini cara ibu menyimpan sayur berdaun. Terbukti kekal kesegarannya.

Biasanya daun kunyit, 3 minggu sudah kuning dan layu. Daun kesum lagi tak payah kata. Sehari dua sudah layu.

PETUA SIMPAN DAUN KUNYIT & DAUN KESUM YANG BETUL

Nak tahu cara, tengok gambar:

1. Lapik kertas tisu dapur dalam bekas. Kalau nak guna kain pun boleh.

2. Basahkan tuala dapur, biarkan ia lembap.

3. Masukkan daun kesum dan daun kunyit. Kalau nak guna untuk simpan pudina pun boleh.

petua simpan daun kunyit

4. Tutup atas daun itu dengan kertas tisu lembap juga. Lepas itu, tutup bekas tersebut. Masukkanlah dalam peti sejuk. Tak eloklah asyik membazir bila beli tak guna.

petua simpan daun kunyit

Inilah hasilnya setelah lama disimpan. Daun kunyit 3 minggu. Daun kesum 6 hari. Agak mengejutkan juga bila buka bekas tadi.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: 5 Tip Kenali Telur Masih ELOK Atau Tidak, Baru Selamat Nak Makan!

Sumber: Facebook Huda Zainal

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN