petua hilangkan hamis kambing

Tak ramai yang suka makan daging kambing disebabkan oleh bau hamisnya. Namun begitu, pasti anda tidak menolaknya lagi selepas tahu petua hilangkan hamis kambing yang betul.

Daging kambing ini paling sedap jika dimasak gulai, kari atau dibakar begitu sahaja. Jika menggunakan tips hilangkan bau hamis ini, masakan anda dijamin akan menjadi lebih sedap dari biasa.

Oleh itu, jika anda masih takut-takut nak masak daging kambing disebabkan oleh baunya, boleh cuba 3 tips ini untuk mengelakkan ia berlaku.

Baca juga: Wajib Buang ‘Benda’ Ini Untuk Elak Ikan Keli Hanyir & Berbau

PETUA HILANGKAN HAMIS KAMBING

1. PERAP DAGING

Jika anda merancang untuk membuat daging bakar, jangan terus membakarnya begitu sahaja. Perap dahulu selama 1 jam dengan lada hitam, bawang putih, bawang merah, garam, serbuk cili dan minyak zaitun.

Gabungan semua bahan-bahan tersebut akan tenggelamkan bau hamis kambing dan sekaligus daging bakar menjadi lebih sedap.

petua hilangkan hamis kambing

Gambar: Resepi Chef

2. BASUH DENGAN TEPUNG

Selepas basuh daging sehingga bersih, salutkan daging dengan tepung. Biarkan selama 20 minit, kemudian basuh bersih untuk menghilangkan tepung.

Seterusnya, boleh dimasak seperti biasa. Bau hamis akan diserap dengan tepung yang sudah diperap tadi.

Gambar: Khairul Hakimin

3. GUNA JUS LEMON

Jika ada lebihan lemon di dalam peti ais, selepas salut dengan tepung tadi, perahkan jus lemon dan biarkan selama paling kurang 20 minit.

Penggunakan jus lemon ini untuk memastikan bau hamis betul-betul hilamg dan berbau lebih segar.

Boleh gantikan dengan limau kasturi jika tiada lemon. Tetapi pastikan tidak guna limau nipis kerana rasa lebih tajam berbanding lemon dan limau kasturi.

petua hilangkan hamis kambing

Gambar: Hipwee

Jadi, tidak ada alasan lagi untuk anda tidak makan daging kambing. Jangan lupa praktikkan cara-cara ini ya. Selamat mencuba!

Sumber: Sinaran Wanita, Sirap Limau

Baca juga: Ayam Nampak Tak ‘Fresh’? Ikut Petua Ini Supaya Kembali Kemerahan & Tak Berbau

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN