Mungkin ramai yang anggap, cara menyiang ikan tongkol ini sama saja dengan ikan-ikan yang lain. Tapi sebenarnya, ada kawasan ‘berbisa’ di tubuh ikan tersebut yang ramai tak tahu. Malah, ada tekniknya yang tersendiri untuk membuang bisa tersebut.

Jom ikuti perkongsian oleh Asmimy Abu Bakar yang berkongsikan teknik betul untuk menyiang ikan tongkol. Semoga bermanfaat!

Kredit gambar: Ida Abe Wa

Petua nak buang isi bisa dalam ikan tongkol @ kayu @ aya. Petua ni arwah nenek yang ajar. Ada setengah ikan isi dia bisa untyk sesetengah orang yang makan. Kadang2 boleh sebabkan kegatalan pada badan.

Selalu kalau siang 2 jenis ikan saja saya buat macam ni. Ikan tongkol dan cencaru. Betul atau tak petua ni wallahhua’lam.

Cara-cara buang bisa dalam ikan tongkol:

1. Ikan Tongkol @ kayu.

2. Pegang hujung ekor dan pusing ikut arah jam.

3. Kemudian tarik hujung ekor. Isi bisa dia akan tertarik keluar sekali.

4. Isi bisa dah keluar.

Kredit: Asmimy Abu Bakar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN