Tak kena cara nak simpan ulaman ini, ia boleh jadi petai kecut dan tak enak dimakan. Tapi jangan risau. Ada teknik nak bagi segar kembali.
Nak pula kalau simpan petai dalam rumah memang tak boleh sebab mudah dikesan dengan baunya yang sangat kuat. Ini belum lagi bila masuk dalam bilik air selepas memakannya. Boleh buat orang ‘pening kepala’.
Baca juga: Kenapa Makan Petai, Kencing Dan Mulut Jadi Berbau? Ini Penjelasan Pakar
Walaupun baunya kuat, itu perkara kedua sebab paling utama adalah kesedapannya dan tentu sekali membangkitkan selera makan. Sampaikan ada yang sanggup buat stok untuk simpan petai.
Ikuti cara simpan petai menerusi perkongsian Cik Puan @snfkitchen_90 di laman Lemon8. Memang tahan lama dan sentiasa segar.
TIP PETAI KECUT JADI SEGAR SEMULA
Sesiapa penggemar petai? Beli petai dah lah mahal seikat tapi dah beberapa hari dalam peti atau biarkan suhu bilik sehingga petai kecut.
Kulit pula dah mula bertukar menjadi oren, isi pun dah tak pejal kan? Nak makan pun rasa macam tak berbaloi, baik buang je.
Okay lepas ini jangan nak buang-buang petao dah, boleh ikuti tips yang Teha nak kongsikan ini.
Isi boleh jadi macam baru petik dari pokok:
- Isi pejal rangup
- Besar-besar
- Urat-urat petai jelas kelihatan
- Warna lebih kehijauan
Isikan air suhu sejuk. Kemudian, isikan ais kiub. Rendam dan letakkan dalam peti dalam 30 minit hingga 1 jam. Isi petai akan kembali pejal.
Petua lain, boleh isi air suhu biasa dan letak dalam peti sejuk selama dua hingga tiga jam sehingga isi kembali pejal.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Petai Berlada Ikan Bilis Paling Simple, Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya!