Categories: Resipi

Cara Buat Pes Asam Jawa Dengan 2 Bahan, Senang Tak Perlu Buang Biji Lagi

Mak-mak paling suka buat pes supaya boleh terus guna untuk memasak. Oleh itu, anda perlu tahu adanya cara buat pes asam jawa yang cukup mudah.

Dikenali juga sebagai celagi, asam jawa sering ditanam sebagai pokok tanaman dan juga boleh dijadikan pokok hiasan di Malaysia.

Asam jawa sangat terkenal sebagai ramuan masakan dalam kalangan masyarakat terutamanya yang berbangsa Melayu.

Baca juga: Resepi Rempah Kari Homemade, Boleh Simpan Dalam Bekas Siap-Siap!

Biasanya orang lama suka gunakan asam jawa dengan membuang hampasnya, dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya sahaja yang digunakan dalam masakan.

Sekarang ramai yang nakkan cara yang pantas untuk memasak dengan membuat pes dan salah satunya ialah pes asam jawa.

Kali ini kami kongsikan cara buat pes asam jawa melalui video oleh FUSION COOK Space di YouTube untuk anda cuba di rumah.

CARA BUAT PES ASAM JAWA

Bahan-bahan:

  • Sebungkus asam jawa
  • Air panas

Cara-cara:

1. Asam jawa ada banyak biji dan serat bersama isi. Oleh itu, pecahkan asam jawa kepada kepingan kecil dahulu.

2. Masukkan kepingan asam jawa ke dalam mangkuk, kemudian tuangkan air panas sehingga asam tenggelam.

3. Biarkan selama 20 hingga 30 minit.

4. Selepas 20 minit, isi asam mudah diasingkan daripada bijinya. Gunakan jari untuk mengasingkan isi daripada bijinya.

5. Tempatkan penapis kasar di atas mangkuk. Lebih bagus guna penapis kasar kerana penapis halus akan menghasilkan pes yang cair.

6. Gunakan spatula untuk menekan keluar pes, kemudian gunakan jari untuk mengasingkan isi daripada biji lagi. Siap untuk digunakan!

Jika ada lebihan sisa daripada proses membuat pes asam jawa ini, anda boleh gunakannya untuk mengilatkan hiasan gangsa dan tembaga.

Setelah hasilnya siap, boleh letakkan di dalam botol kaca. Nanti nak masak, tinggal terus guna saja dan kerja anda di dapur akan jadi lebih mudah.

Selamat mencuba!

Sumber: FUSION COOK Space

Baca juga: Cara Buat Minyak Bijan Homemade, Lebih Jimat Dengan 2 Bahan Saja!

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago