Categories: Resipi

Percik Ikan Kembung Sedap ‘Dooh’, Buat Kuah Percik Sedap Guna Resipi Tradisi

Jom buat Percik Ikan Kembung! Selalunya buat ayam percik je, ni kita ganti guna ikan pula. Jadi, tak adalah jemu memanjang je makan ayam.

Nikmatnya kalau dapat makan bersama lauk Ikan Percik. Ramai yang takut-takut nak masak kerana bimbang tidak menjadi. Janganlah risau, jika nak masak sendiri di rumah, tidak susah pun.

Baca juga: Kari Kepala Ikan Style Mamak, Resipi Kuah Tanpa Santan Mudah Dan Ringkas!

Malah lagi puas hati. Kalau makan bersama nasi kerabu, memang nikmat. Nak cuba masak ?

Jom lihat resipi yang dikongsi oleh Cik Puan Suhasnida Ismail. Istimewa resipi ini dimasak menggunakan cara tradisional. Nanti bolehlah cuba. Kalau guna ayam pun boleh.


RESIPI PERCIK IKAN KEMBUNG

Mehla kita buat percik ike kembung pulop, percik klate hok sedak sekali. Tak cayo cuba la try, baru tahu namboh nasi ke tidak. Tapi sengoti percik sedak sungguh,menu wojib bulan puasa,anak anak pun lalu makan nasi kalau ada percik, boleh guna untuk percik ikan atau percik ayam deh.

Bahan A: Perap Ikan

  • 8 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1inchi halia
  • 1 tbsp cili kering kisar
  • 2 inchi kunyit hidup
  • sedikit serbuk perasa/aji/pasti sedap
  • 1tbsp garam
  • 1/2 tbsp jintan manis
  • secubit belacan (optional)
  • Air

Bahan B: Bahan kuah

  • 8 biji bawang merah size 50sen
  • 2 ulas bawang putih
  • sehiris halia
  • 1 tbsp ketumbar biji (sangai)
  • secubit belacan
  • 3 tbsp cili kering
  • 900ml santan pekat
  • 2 hiris asam limau/asam keping
Bahan C: Bahan Perasa
  • 2 tbsp garam bukit
  • 2 tbsp gula pasir
  • 2 tbsp gula kabung thai
  • 1 tsp serbuk perasa
Cara Penyediaan:
1. Kisar bahan A dan lumur pada ikan dan perap sejam
2. Jika guna ayam, lumur pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak
3. Blend bahan B dan masukkan dalam periuk
4. Masukkan santan pekat dan bahan perasa
5. Masak sampai mendidih & pekat
6. Bakar ikan atau ayam sampai masak
7. salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar.Buat 4x salutan baru percik lagi bertambah sedapp
8. Kuah percik ni dapat untuk 5 ekor ikan, 1 ekor stgh ayàm size 2kg.

Selamat mencuba!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago