Seorang peniaga, Puan Faizah Arzmi ada berkongsikan resipi biskut ferrero yang merupakan salah satu hasil jualannya yang paling laku keras pada tahun lepas.
Mungkin ada yang sudah tercari-cari idea biskut raya untuk dibuat pada tahun ini meamandangkan raya pada tahun ini sudah tinggal berapa bulan saja.
Kalau ada yang nak cuba, ikut cara resipi dan cara-cara membuatnya biskut ferrero di bawah. Semoga bermanfaat!
RESIPI BISKUT FERRERO YANG LAKU KERAS
Bahan-bahan:
- 250gm buttercup
- 3/4 cawan gula kastor
- 1/2 cawan serbuk badam
- 1/2 cawan susu tepung
- 1 cawan nestum dikisar menjadi serbuk
- 2 sudu tepung jagung
- 2 sudu tepung beras
- Tepung gandum 2 cawan (lebihkan atau kurangkan mengikut kesesuaian)
- Kacang hazelnut biji (bakar hingga rangup)
- Kacang nib (bakar hingga rangup)
- Beryl’s Milk compound (dicairkan)
Cara-cara:
- Pukul buttercup dan gula sehingga kembang.
- Masukkan serbuk badam, susu tepung, nestum kisar, tepung jagung dan tepung beras. Kacau rata.
- Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh sebati cantik, mampu digetel dengan elok terletak.
- Cubit sedikit doh, bentukkan bulat dan leperkan. Letakkan kacang hazelnut sebiji-sebiji. Bulatkan semula.
- Bakar sehingga doh garing (untuk rangup). Suhu dan masa mengikut oven masing-masing. Bila dah garing, keluarkan biskut dari oven dan sejukkan.
- Cairkan coklat beryl’s. Masukkan juga kacang nib ke dalam coklat cair, kacau rata.
- Celupkan biskut ke dalam coklat yang sudah bercampur dengan kacang nib. Masukkan ke dalam papercup dan biarkan sehingga keras. Boleh letak sekejap dalam freezer kalau nak cepat.
- Siap!
Kredit: Faizah Arzmi