Categories: Resipi

Pajeri Nanas Campur Terung, Buat Kuah Pekat Macam Ini Baru ‘Kick’!

Jika anda penggemar pajeri nanas campur terung, pasti anda pernah mencuba atau melihat pelbagai jenis dan cara masakan orang yang membuat menu ini.

Ada yang bersantan dan ada juga yang tidak menggunakan santan. Yang menggunakan santan pula, ada yang jenis sukakan kuah cair dan ada pula yang sukakan kuah yang pekat.

Terdapat pelbagai cara masakan untuk pajeri nenas ini terpulanglah kepada citarasa masing-masing untuk mengolah resipi kerana nanti akhirnya, akan masuk ke dalam perut juga.

Baca juga: Pokok Terung Dah Tua? Ini Cara Nak Rawat Bagi Berbuah Dan Subur Balik

Kuah pajeri ini jika ikut tradisi turun temurun, ia mestilah pekat bersantan dan manis. Manakala rasanya mestilah berempah. 

Tak susah pun untuk membuat pajeri ini. Apa kata anda ikut sahaja resipi yang telah dikongsikan oleh Asyraf Zainuddin ini. Pajeri nenasnya nampak sedap dan resipinya pula mudah untuk dimasak. 

RESIPI PAJERI NANAS CAMPUR TERUNG

Bahan-bahan:

  • 1 biji nenas biasa – dikupas dan hiris sesuai selera
  • 2 biji terung – belah 2
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 sudu besar rempah kari ikan*
  • 3 sudu besar rempah kari daging* – bahan bertanda * dibancuh dengan air jadikan pes
  • Minyak secukupnya
  • 2 sudu besar gula merah
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa

Bahan hiris halus:

  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih (kalau suka boleh tambah 1 sudu besar udang kering direndam dan di tumbuk halus)

Cara-cara penyediaan: 

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan hiris serta kulit kayu manis dan kawan kawannya (4 sekawan) sehingga layu dan wangi. Masukkan pes rempah kari dan tumis hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya rempah tidak hangus.

2. Masukkan kerisik dan kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.

3. Masukkan santan, garam, perasa serta gula merah. Bila dah mendidih masukkan hirisan nenas. Sentiasa dikacau kacau supaya tak membuak.

4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak serta nenas masak pastu masukkan terung dan kacau kacau lagi sampai terung agak lembut.

5. Sedia dihidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Asyraf Zainuddin

Baca juga: Jus Nanas Cara Mudah, Sesuai Hilangkan Batuk Musim Panas Ini

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago