Mari cuba resipi nugget goreng balado menggunakan cara Hazwan Ramli ini. Sesuai untuk dijadikan menu bersahur, makan tengah hari dan juga malam.
Hidangan ini sesuai buat anda yang sibuk dengan aktiviti harian dan masih lagi boleh menyediakan lauk yang sedap dan ringkas ini.
Baca juga: Elak 5 Makanan Ini Ketika Bersahur, Tak Sampai Separuh Hari Dah Lapar
Cara untuk membuatnya pun mudah, anda hanya perlu nugget yang digoreng terlebih dahulu. Kemudian, dimasak dengan sambal balado yang pedas. Jika anda berminat untuk mencuba, berikut adalah resipi nugget goreng balado dari Hazwan ini.
RESIPI NUGGET GORENG BALADO STYLE HAZWAN RAMLI
Bahan-bahan:
- 1/2 bawang besar
- 4 batang cili merah
- 4 ulas bawang putih
- 4 batang cili padi hijau
- 1 barang serai – potong 3
- 1/2 kiub ayam
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu kecil jus lemon
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil gula
- Secubit secukup rasa
- 12 ketul nugget tempura
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula, masakkan 12 ketul nugget tempura di dalam air fryer dan setkan suhu 180 Celcius kira-kira 15 minit.
2. Untuk bahan menumis pula, campurkan bawang besar, cili merah, bawang putih, dan cili hijau ke dalam pengisar. Kisar bahan dengan halus.
3. Selepas bahan menumis sudah dikisar, panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tadi sehingga terbit minyak.
4. Masukkan serai yang sudah dipotong tiga, kiub ayam, sos tiram, perahan jus lemon, garam, gula, dan secukup rasa. Jika rasa tak cukup, boleh adjust lagi dengan garam dan gula.
5. Bila rasa sudah cukup mengikut citarasa, tambahkan nugget yang sudah dimasak tadi dalam air fryer.
6. Gaulkan ia bersama sambal tadi sehingga kering dan meresap ke dalam nugget tersebut. Tutup api dan siap untuk dihidang.
Nak lebih sedap lagi, boleh gorengkan telur mata ikut citarasa masing-masing sebagai lauk kedua. Selamat mencuba.
Video penuh:
@hazwanramli Ep 1 : Nugget Masak Balado 🤤🍗🍚 Resepi ni sangat lah senang, selain sahur kalau aku malas masak memang buat ni je untuk lunch atau dinner. Sangat sesuai untuk yang busy and tak banyak masak di dapur. Selamat mencuba guys ✨ Bahan-bahan : 1/2 bawang besar 4 btg cili merah 4 ulas bwg putih 4 btg cili padi hijau 1 barang serai 1/2 kiub ayam 1 sudu sos tiram 1 sk jus lemon 1/2 sk garam 1/2 sk gula Secubit secukup rasa Nugget Tempura (12 ketul) #hazwancooks #nuggetbalado #kongsibersama #kongsiselera
Sumber: TikTok Hazwan Ramli
Baca juga: Sup Cendawan Berkrim, Sedap Dimakan Bersama Garlic Bread Untuk Juadah Sahur