nasi minyak sunquickDah bosan dengan nasi biasa, apa kata berubah selera dengan cuba resipi nasi minyak sunquick. Senang sahaja caranya dan pastinya sedap!

Bila dah ada nasi minyak ini, jangan lupa buat lauk ayam masak merah dan acar. Barulah ngam.

Jom cuba resipi oleh Nor Aza ini menerusi laman sosial Facebook.

Baca juga: Cara Buat Ayam Masak Merah Ala Kampung, Resipi Sempoi Yang Mudah & Lazat

RESIPI NASI MINYAK SUNQUICK

Bahan-bahan:

  • 3 pot beras basmati
  • 7 ulas bawang merah (lebih banyak lebih sedap)*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Halia*
  • 1/2 biji bawang besar (jika kurang bawang merah)
  • 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
  • 2 helai daun bay
  • Daun pandan (dipotong kecil)
  • Daun pandan (disimpul)
  • 1 kiub ayam Knorr
  • Serai (diketuk)
  • Daun ketumbar
  • 1-2 batang cili hidup merah (dibelah dua)
  • 2-3 sudu besar sunquick
  • 1 cawan susu cair
  • 3 cawan air
  • Minyak masak
  • 1-2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu kecil garam
  • Hiasan: kismis dan kacang gajus

*Hiris bahan bertanda.

Cara penyediaan:

1. Tumis bahan hiris bersama 4 sekawan, daun bay, dan daun pandan menggunakan minyak masak dan minyak sapi sehingga kekuningan.

2. Masukkan kiub ayam dan masak sebentar sehingga kiub larut. Kemudian, tuangkan campuran ini ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang telah dicuci.

3. Masukkan air, susu cair, sunquick, dan garam. Gaul rata.

4. Taburkan cili hidup, daun ketumbar (dipulas hingga putus 3-4 bahagian), serai ketuk, dan daun pandan simpul. Kemudian, hidupkan periuk nasi.

5. Apabila nasi sudah masak, gemburkan sedikit nasi dan buat beberapa lubang menggunakan chopstick untuk ruang pewarna.

6. Campurkan pewarna dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam lubang-lubang yang dibuat tadi. Taburkan kismis dan tutup periuk selama 10 minit.

7. Hidangkan nasi dengan taburan kacang gajus.

nasi minyak sunquick

Selamat mencuba

Sumber: Nor Aza

Baca juga: Siakap Kengsom Thai, Ikut Resipi Ini Sama Sedap Dengan Kedai Akak Tomyam!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN